•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Daging kambing sememangnya menjadi makanan kegemaran ramai kerana khasiat yang terkandung di dalamnya. Merupakan salah satu makanan sunah, daging kambing juga memiliki rasa menyelerakan jika dimasak sempurna bersama adunan atau perapan lengkap.

Terokai kelazatan dua sajian berasaskan daging kambing yang kami dikongsikan berikut. Mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Selamat mencuba!

KAMBING BAKAR

JULY 11 2017 NONA SUZIE RESEPI RESTORAN ARAB TTDI

Bahan-bahan utama:

  • 1 kg kambing biri-biri (diambil bahagian bahu & rusuk) *potong 1 cm tebal atau sebesar tapak tangan

Bahan-bahan perapan:

  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk buah pelaga
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh cuka kurma @ epal
  • 2 sudu teh yogurt
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 biji bawang Holland (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas

(gaul rata semua bahan)

Cara membuat:

Perap daging dengan rempah perapan selama enam hingga lapan jam. Kemudian, bakar daging yang telah diperap di atas dapur gril menggunakan api perlahan selama 20 minit sambil dibalik-balikkan. Apabila sudah masak, angkat dan enak dinikmati bersama nasi.

Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor

ARABIAN LAMB BURGER

Bahan-bahan:

  • 800 gram daging kambing segar tanpa lemak (dicencang)
  • 1 biji bawang Holland (dihiris halus)
  • Hirisan bawang & tomato
  • ¼ cawan daun parsli (dicencang)
  • 4 keping keju
  • 200 gram cendawan (ditumis – jika mahu)
  • Secubit parutan buah pala
  • 100 gram jeruk timun
  • Secubit jintan putih
  • Secubit biji ketumbar
  • 20 gram garam & lada hitam
  • Roti burger bijan
  • Mayonis
  • Jejari kentang

Cara membuat:

Satukan daging kambing, bawang, daun parsli, buah pala, jintan putih, biji ketumbar, garam dan lada hitam di dalam mangkuk. Gaul sekata dan uli bahan-bahan tersebut dengan menggunakan tangan. Ambil adunan yang telah sebati tadi dan bulat dan leperkan untuk menghasilkan inti burger. Kemudian, goreng inti burger dalam kuali selama beberapa minit dan teruskan memanggang ke dalam ketuhar hingga betul-betul masak. Keluarkan dan sejukkan seketika sebelum dihiaskan bersama hirisan tomato, bawang, jeruk timun dan salad. Akhir sekali, letakkan cendawan dan kepingan keju. Hidangkan burger dengan jejari kentang, sos cili dan mayonis.

Resipi: TERIMA KASIH SUNWAY RESORT HOTEL & SPA, CHANDRIKA BHASKARAN & CEF ALA’A ALI

 

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: