Hampir setiap hari ketika merias wajah kita akan melakukan kesalahan ini. Tanpa sedar tindakan ini bukan saja menyebabkan mekap tidak menyerlah malah menimbulkan masalah pada kulit muka.

Oleh itu empat kesalahan ketika bermekap ini haruslah kita hentikan segera.

1.  Tidak menggunakan pelembap
sedangkan inilah asas untuk solekan yang baik. Krim pelembao ini juga sebenarnya akan melindungi bahan kimia yang ada dalam alat kosmetik yang digunakan.

2. Hanya satu jenis foundation
Kebanyakan kita hanya menggunakan satu jenis bedak asas atau foundation. Tapi untuk mendapat hasil mekap yang cantik bedak asas ini boleh digabungkan. Pastikan warnanya sesuai dengan kulit.

3.Mengepam maskara
Ia akan membuatkan maskara lebih cepat kering dan tidak tahan lama.

4. Tidak bersihkan berus mekap
Hampir semua wanita melakukan kesalahan ini. Sama ada berus untuk pemerah pipi, gincu atau pembayang mata ia tidak dibersihkan. Sebenarnya inilah antara punca wajah anda berjerawat.