Wow, macam tak percaya buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain. Selama ini kalau nak cepat dapat vitamin C memang makan buah limau saja. Rupa-rupanya, ada lagi buah yang lebih hebat kandungan vitamin C. Buah tempatan pula tu! Terima kasih kepada Prof Dr Imelda Balchin sebab merungkaikan misteri buah jambu batu yang pastinya ramai masih tak tahu.

IKLAN

Sebagai pengetahuan bersama, vitamin C merupakan vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara sebab anda perlu mendapatkan vitamin ini adalah disebabkan 6 hal berikut.

  • Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah
  • Menyembuhkan luka dan memulihkan parut
  • Memperbaiki dan mengekalkan tulang dan gigi
  • Ia juga penting sebagai anti oksidan yang berperanan menyekat kerosakan sel tubuh setelah terdedah kepada bahan kima berbahaya seperti asap rokok atau radiasi
  • Tanpa anti oksidan, proses penuaan jadi semakin pantas, penyakit jantung, arthritis (penyakit sendi) dan kanser
  • Tubuh manusia TIDAK dapat menghasilkan vitamin C secara semula jadi. Oleh itu ia perlu diserap melalui sumber tertentu terutamanya daripada buah-buahan
50 Kali Ganda Lebih VITAMIN C Daripada Epal, Berikut Fakta Tentang JAMBU BATU Yang Tak Ramai Tahu!
Buah Jambu Biji

50 Kali Ganda Lebih VITAMIN C Daripada Epal, Berikut Fakta Tentang JAMBU BATU Yang Tak Ramai Tahu!

KHASIAT JAMBU BATU

IKLAN
  • Selain buah jambu batu, buah-buahan tempatan lain yang kaya dengan vitamin C adalah betik, tembikai, nanas dan mempelam
  • Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380 % daripada keperluan harian vitamin C
  • 1 per 4 jambu batu sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin c harian yang diperlukan tubuh

Mudah sebenarnya nak dapat vitamin C. Lagi pun harga bagi sebiji jambu batu berharga dalam lingkungan RM1.50 ke RM 2 saja.

IKLAN

Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI