• 25
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    25
    Shares

Siapa yang tak tahu kelihatan awet muda. Bila kelihatan lebih muda daripada usia sebenar dapat meningkatkan keyakinan diri. Lebih penting peningkatan usia pelbagai penyakit dan daya tahan melawan penyakit semakin menurun mula datang menjengah.

Langkah yang paling mudah adalah mencegah sebelum parah. Bagaimana meningkatkan ketahanan tubuh untuk menentang penyakit berbahaya?

Amalan mudah dari sekarang

Tiada istilah terlambat dalam hidup untuk berubah. Andai ada niat dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik mulakan langkah daripada sekarang.

(a) Berjalan setiap hari

Senaman yang paling sesuai untuk adalah berjalan. Berjoging tidak digalakkan kerana boleh mencederakan lutut. Hanya 30 minit dalam sehari untuk meningkatkan kadar denyutan jantung. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus menjadi yang terbaik. Mulakan perlahan-lahan sehingga mencapai sasaran sebenar. Sasaran yang anda perlu capai adalah 10,000 langkah sehari.

Kenapa? Jantung anda lebih sihat (bersenam lima kali seminggu dapat mengurangkan 46 peratus serangan jantung), juga kurang risiko mendapat dementia dan osteoporosis.

(b) Senaman pelvis

Senaman ini penting untuk mengelakkan anda mengawal penyakit lemah kawalan kencing. Senaman ini mudah dilakukan tetapi kita sering terlupa untuk melakukannya. Idea yang mudah jika terlupa untuk melakukan senaman ini adalah dengan; setiap kali membuang air kecil, berhenti, tahan beberapa saat dan kemudian lepaskan. Ulang. Begitu juga jika setiap kali anda mahu ke tandas, cuba bertahan selama 10 saat. Lakukan setiap hari sehingga anda mampu bertahan sehingga dua minit atau lebih.

Kenapa? Latihan setiap hari senaman ini dapat menguatkan lantai pelvis dan mampu mengelakkan hampir 70 peratus masalah lemah kawalan kencing.

(c) Memberus gigi dua kali sehari

Cuba memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Anda juga boleh menggunakan flos yang lebih senang dan mudah digunakan.

Kenapa? Kebersihan mulut dan gigi membantu mengatasi masalah gigi yang boleh mengakibatkan gusi bengkak dan sebagainya yang menyumbang kepada bakteria. Masalah ini secara tidak langsung berkaitan dengan masalah jantung, diabetes, Alzheimer dan kanser pankreas.

(d) Dapatkan cahaya matahari secukupnya

Cahaya matahari pagi kaya dengan vitamin D yang tidak boleh diperoleh melalui pemakanan. Mulai sekarang cuba dedahkan diri kepada cahaya matahari terutamanya waktu pagi sekurang-kurangnya selama 10 minit. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi harus berhati-hati dan gunakan krim tabir suria jika terlalu lama terdedah pada cahaya matahari.

Kenapa? Matahari adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan vitamin D untuk keperluan tubuh. Kebaikan vitamin D ini adalah untuk penyerapan kalsium bagi tulang yang sihat adalah melalui pendedahan pada cahaya matahari.

(e) Taburkan kulit kayu manis 

Selain enak untuk masakan kulit kayu manis boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah terutama bagi pesakit diabetes tahap II. Hanya campurkan satu sudu teh kulit kayu manis dalam makanan harian. Ia lebih baik diambil waktu sarapan pagi untuk mengawal pemakanan manis dalam satu hari.

Kenapa? Satu sudu teh serbuk kulit kayu manis mengandungi sama dengan 80gm beri biru antioksidan. Satu sudu teh oregano mengandungi sama dengan secara anggur merah  atau brokoli kandungan antioksidannya.

(f) Hiasi pinggan makan

Mungkin sebelum ini pinggan anda lebih banyak nasi berbanding lauk-pauk dan sayur-sayuran. Kini, separuh dari pinggan dipenuhi dengan sayur pelbagai warna, suku pinggan dengan protein, suku pinggan dengan kanji, seperti pasta atau nasi.

Kenapa? Sasaran memilih lebih makanan dengan rendah kalori tetapi masih boleh mengenyangkan. 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: