Kulit wajah yang kering adalah punca solekan tidak sempurna serta sukar melekat pada wajah. Belenggu kulit kering terjadi kerana kelenjar minyak tidak mampu menghasilkan minyak yang membantu menjaga kelembapan kulit.

Masalah kulit kering sangat mengganggu dan sudah pasti tidak memancarkan kesegaran pada wajah. Kulit wajah yang segar, sihat dan cantik boleh menambah nilai penampilan diri dan meningkatkan keyakinan diri. Oleh itu, agar kulit wajah tetap lembut dan lembap lebih-lebih lagi ketika bersolek perlu mengikuti trik ini.

IKLAN

(1) Guna bedak asas cecair atau krim

Gunakan bedak asas dalam tekstur cecair atau krim yang memiliki kandungan minyak. Jika bedak asas tidak mampu menutupi kekurangan pada kulit, tukar kepada pelembap berwarna yang menggunakan bahan semula jadi sebagai kandungan utama. Namun jika kulit terlalu kering, fungsi pelembap berwarna tidak dapat diganti dengan pelembap biasa. Pilihan lain boleh dicuba adalah menggunakan krim BB. Produk multitasking ini bukan hanya sekadar untuk menutupi kekurangan tetapi memiliki kandungan pelembap yang baik untuk kulit kering dan bahan hidrasi seperti hyaluronic acid dan vitamin B.

(2) Pengelupasan sel kulit mati bibir

Lakukan rawatan pengelupasan kulit bibir sendiri. Campur gula dan madu, kemudian sental di seluruh bibir kering seminggu sekali. Gula berfungsi untuk mengeluarkan sel kulit mati dan madu pula berfungsi untuk melembapkan kulit. Anda boleh juga menggunakan berus gigi lembap dan gosok lembut pada kulit bibir.

(3) Pilih lipstik yang sesuai

Pemilik bibir kering perlu mengelak lipstik daripada jenis matte atau long-wear formula. Ini kerana lipstik tersebut menyerlahkan lagi bibir yang sedia kering. Pilih lipstik biasa atau sekurang-kurangnya lip gloss. Kedua-dua pilihan ini menjadikan bibir lebih lembut dan kelihatan segar.

(4) Elak pakai bedak

Ketika kulit kering pada tahap ekstrem, elakkan memakai bedak terutamanya bedak padat. Jika tidak yakin keluar rumah tanpa memakai bedak, pilih bedak debu yang bersifat mineral. Sapu bedak debu pada zon-T (dahi, hidung dan dagu) untuk menambah sedikit seri pada wajah. Jika tidak keluar rumah, biarkan sahaja wajah bebas daripada sebarang solekan.

IKLAN

8 Helah Solekan PALING EFEKTIF Untuk Kulit Kering Nampak Moist & Flawless!

(5) Buang sel kulit mati

Jika kulit mula mengelupas setelah setengah jam bersolek, anda mungkin perlu melakukan proses membuang sel kulit mati di wajah. Tambah bahan pelembap ketika melakukan perawatan wajah setiap minggu dan jangan lupa memakai pelembap setiap hari. Proses mengeluarkan sel kulit mati ini sangat penting untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan membantu melembapkan kulit daripada dalam.

(6) Pakai penyegar wajah

IKLAN

Bagi meningkatkan kelembapan kulit pada waktu siang, bawa penyegar di dalam beg tangan. Sembur penyegar di sekitar wajah bagi membantu melembapkan kulit kering, melindungi keseimbangan solekan serta bebas daripada masalah pengelupasan.

(7) Pelembap sebagai rakan karib

Selalu oleskan krim pelembap. Ia bekerja untuk membantu menarik air yang ada di sekeliling kulit. Cara pemakaian pelembap yang tepat adalah selepas mandi. Usai mandi, keadaan kulit yang masih lembap akan meningkatkan fungsi krim.

(8) Minum air secukupnya

Bila kulit wajah dan bibir mengering, cuba periksa minuman yang selalu diambil. Adakah ia tinggi kafein, air bergula atau minuman karbonat? Jika minuman ini menjadi pilihan, sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI