Batuk adalah penyakit biasa tetapi jika keras dan melengking boleh mengganggu aktiviti seharian. Batuk paling ditakuti selepas pembedahan kerana dibimbangi akan memburukkan lagi luka yang dirawat.

IKLAN

Tetapi biasanya batuk tidak akan lama. Mungkin seminggu sahaja tetapi jika berlarutan, perlu mendapat rundingan daripada doktor yang bertauliah.

Sebenarnya batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman. Ia berfungsi untuk menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan penyakit daripada memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Jenis-jenis

  • Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  • Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  • Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Simptom

  • Rasa gatal dan sakit di bahagian kerongkong. Selesema juga dikaitkan dengan batuk.
  • Penyingkiran udara daripada paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba disertai dengan bunyi dan kadang-kadang berkahak.
  • Radang yang mengakibatkan gangguan saluran pernafasan seperti asma.
  • Pengeluaran kahak yang berlebihan disebabkan jangkitan saluran pernafasan atau penyakit (selesema, radang bronkus, radang laring).

Punca-punca

(a) Jangkitan salur pernafasan
Batuk berpunca daripada jangkitan pada salur pernafasan (bronkitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberkulosis). Jangkitan ini memberi masalah kepada saluran pernafasan di bahagian atas.

(b) Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran
Boleh terjadi disebabkan oleh asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran. Bagi mengelakkan batuk terus melarat, adalah lebih baik mengelak tempat begini atau duduk jauh daripada perokok. Kalau terpaksa, keluar rumah pakai topeng muka untuk melindungi saluran pernafasan.

(c) Infeksi saluran pernafasan
Batuk juga boleh berpunca daripada jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

IKLAN

(d) Demam yang berlarutan
Demam yang berlarutan merupakan salah satu penyebab menghidap batuk. Bagi menguranginya, anda perlu menjaga suhu badan agar tidak naik lebih tinggi.

(e) Pengambilan ubat
Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Petua Menghilangkan Batuk

IKLAN

Limau nipis
Perah limau nipis atau lemon dan ambil jusnya. Campurkan ke dalam segelas air. Kemudian campur dengan madu dan minum sekali sehari.

Daun Sirih
Menggunakan daun sirih sebagai ubat batuk sangat mudah disediakan. Rebus daun sirih tersebut dan ambil air rebusan. Minum sekali sehari.

Kunyit
Ambil kunyit dan tumbuk menggunakan lesung batu. Campur dengan susu atau madu kemudian masuk ke dalam gelas yang berisi air. Minum sekali sehari.

Tip Mudah

  • Jauhi tempat berdebu dan tempat yang sejuk.
  • Jaga kesihatan tubuh agar tidak kesejukan. Pakai baju sejuk, selimut atau tuala yang boleh memberi kehangatan.
  • Sebaik-baiknya mandi dengan air panas.
  • Berhenti merokok.
  • Jangan kerja kuat sehingga boleh mengganggu kesihatan. Cuba dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik.
  • Tangani tekanan dengan baik. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI