Makan sayuran mentah dan minum jus segar… itulah kaedah penyembuhan kanser yang pernah ditularkan oleh bintang YouTube, Mari Lopez. Kaedah tersebut dakwanya berjaya merawat kanser payudara tahap 4 yang dihidapi sejak tahun 2015.

IKLAN

Mari Lopez yang memiliki saluran vLog sendiri di Houston, Texas turut dikatakan memberitahu semua penontonnya bahawa dia langsung tidak mengamalkan rawatan tradisional untuk penyakit kanser payudara tersebut kerana ‘mengamalkan’ jus yang dicipta.

Tetapi menurut anak saudara Mari, Liz Johnson, makciknya telah meninggal dunia pada Disember tahun lalu apabila sel kanser merebak ke dalam darah, hati dan paru-paru, selepas ikhtiar mencuba kaedah kemoterapi serta radioterapi gagal.

Mereka berdua turut menunjukkan video penyediaan resipi berasaskan jus lemon dan halia yang dikatakan baik untuk membuang segala toksin. Video tersebut berjaya menginspirasikan ramai pesakit kanser yang melalui penderitaan yang sama untuk mengamalkan diet jus.

Video resipi di YouTube ini telah ditonton lebih daripada 400,000 kali.

Makanan Dari Ketuhar

Liz menyalahkan ibunya di atas kematian Mari. Kata Liz kepada Babe, keluarga mereka tidak biasa dengan cara pemakanan vegan. Malah sewaktu mendiang masih tinggal dengan ibunya, dia ‘diarahkan’ supaya memakan daging serta sering menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan makanan.

IKLAN

“Makcik saya sangat membenci microwave kerana itulah antara penyebab utama kanser. Tapi atas desakan ibu saya, dia akhirnya makan juga makanan seperti burger. Saya rasa itulah yang menyebabkan kanser Mari mengganas semula,” kata Liz.

Liz juga percaya bahawa mendiang makciknya tidak konsisten dengan diet yang diamalkan serta kehidupan spiritual yang menjadi kepercayaannya.

IKLAN

Amal Diet Vegan, Bintang YouTube Yang Dikatakan Sembuh Daripada Kanser Ini AKHIRNYA MAUT Kerana Kanser

Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong dakwaan Liz di atas.

Meskipun selepas bertahun-tahun pakar mengkaji serta membelanjakan jutaan dolar untuk rawatan penyembuhan kanser, namun masih tidak ada satu diet ajaib untuk mencegah apatah lagi merawat penyakit ini.

Sumber: Babe

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI