Selain baju kurung, kebaya juga antara busana tradisi yang menjadi kegemaran para gadis hingga ke hari ini. Rekaan baju kebaya yang lebih mengikut bentuk tubuh dan dihias cantik dengan kerongsang menjadi salah satu faktor tarikan untuk menggayakannya pada Syawal kelima hari ini!

1. Tentu saja pilihan berkebaya ini dapat anda sesuaikan dengan anggaran bajet yang ada, sama ada mendapatkan perkea terkenal untuk menjahitnya, atau jahitan dari anda sendiri mahupun mencari penjahit kebaya yang sesuai dengan bajet anda, atau yang lebih hemat lagi adalah menyewa kebaya dari butik pengantin yang memiliki bermacam koleksi kebaya contohnya kebaya moden. Asalkan sesuai dengan suasana majlis yang ingin dihadiri.

IKLAN

Jangan pula hanya untuk ke majlis keraian biasa, anda melaram dengan kebaya penuh manik dan berkilauan!

2. Anda tidak memerlukan kebaya dengan corak keterlaluan. Kebaya nyonya misalnya sudah cantik dan dilampirkan dalam kesederhanaan kerana sulamannya sudah cukup membuatkan penampilan anda nampak menarik.

3. Anda seorang perempuan yang feminin maka anda boleh memilih model kebaya yang trendy namun tetap berpegang pada gaya ringkas dan sederhana. Seperti fesyen kebaya off shoulder yang masih digemari tapi jangan anda gayakan sekiranya anda memiliki tubuh yang terlalu kurus.

4. Bagi anda yang berdada kecil, maka corak atau rekaan yang sarat perlu memenuhi ruang dada untuk memberi ilusi dada yang lebih cantik.

5. Rekaan kebaya labuh sesuai untuk anda yang memiliki pinggul besar. Ini membolehkan jatuhan kain menutupi bahagian pinggul. Pastikan baju kebaya anda tidak terlalu ketat kerana menyukarkan anda berjalan.

6. Atau anda ingin mencuba rekaan kebaya shanghai kerana boleh menutupi kekurangan bagi anda yang bertubuh kurus apalagi jika anda menambahkan perincian dan pelit. Perincian pada rekaan kebaya itu dapat menciptakan ilusi sehingga tubuh anda akan kelihatan lebih besar.

Anggun BERKEBAYA Di Hari Raya.. Nampak Manis Je Dipandang!

7. Kebaya tradisional membuatkan penampilan anda lebih klasik dan ayu. Pilihan corak bersesuaian boleh digayakan mengikut suasana majlis yang akan anda hadiri. Bagi fabrik polos, perincian manik boleh memberikan seri pada si pemakai.

IKLAN

8. Kebaya seringkali berkait rapat dengan bentuk badan. Untuk kebaya nyonya atau kebaya tradisional, lebih cantik sekirnya mengikut bentuk tubuh badan. Penggunaan korset apabila hendak menggayakan baju kebaya sangat penting untuk menutup lemak-lemak berlebihan.

9. Bagi anda yang bertubuh rendah dan kurus, sebaiknya memilih rekaan corak terbuka pada bahagian dada contohnya dengan rekaan leher berbentuk V. Potongannya perlu pada paras pinggang atau peha. Kebaya labuh tidak sesuai untuk anda.

10. Potongan leher tertutup seperti shanghai, turtleneck atau stand collar sesuai untuk anda yang bertubuh tinggi dan kurus. Variasaikan dengan model lengan lonceng, kerut, atau pendek.

IKLAN

11. Wanita bertubuh tinggi dan berisi lebih cantik menggayakan kebaya labuh. Lengan berbentuk menyempit atau lebar pada hujungnya boleh diaplikasikan. Jangan memilih kebaya berkerut pada bahagian perut dan jauhi kebaya pendek!

12. Wanita dengan bentuk bentuk tubuh pendek dan berisi boleh mengaplikasikan gaya seperti wanita bertubuh tinggi dan berisi. Lengan menyempit atau lebar pada bahagian bawah sangat sesuai. Untuk menyembunyikan lemak berlebihan, buat potongan kebaya yang menutup pinggul.

13. Pilihlah bahan, rekaan, dan warna yang sesuai dengan postur tubuh juga warna kulit. Jangan takut juga untuk mengenakan warna-warna yang lebih cerah, seperti putih gading, kuning keemasan, perak, dan lainnya bagi anda yang tidak suka warna-warna menjolok mata.

14. Kebaya boleh digayakan baik dalam majlis formal atau tidak formal. Bijak memilih corak dan perincian manik akan membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI