Nak Rumah Berseri, LANGSIR Kenalah Bebas Habuk! Begini Caranya

Nak Rumah Berseri, LANGSIR Kenalah Bebas Habuk! Begini Caranya

Kini fungsi langsir bukan sahaja menjadi penghalang cahaya malah peranannya kian meluas. Bersesuaian peranannya sebagai pemisah bahagian luaran dan dalaman, langsir mudah memerangkap habuk. Malah, semasa ditutup sekalipun habuk masih dapat melalui rongga kecil yang terdapat di jendela.

Begini caranya untuk menjaga kemasan tingkap.

  • Lindungi langsir daripada terdedah kepada pancaran matahari terlalu lama dengan menggunakankan lining bermutu tinggi atau fabrik blackout.
  • Bersihkan langsir dengan penyedi hampagas yang dipasang muncung bersesuaian setiap dua bulan sekali jika langsir kekal berada di tingkap.
  • Apabila langsir hendak dibersihkan, tanggalkan semua penyangkut dan perkakasan logam atau plastik termasuk sisipan busa dalam kepala langsir. Longgarkan tali cerut untuk meratakan lisu yang bersusun.
  • Semua jenis fabrik langsir perlu dibasuh dengan cucian kering mengikut label yang dijahit.

  • Semua bahan semula jadi seperti kapas dan linen mudah mengecut. Benarkan fabrik jenis ini mengecut sehingga 5% sewaktu pertama kali dibasuh.
  • Lap semua kotoran segera menggunakan kertas tisu atau kain lembap yang bersih. Jangan digosok atau dibasahkan fabrik tetapi pedap atau lap dengan lembut.
  • Kotoran yang tidak boleh dibasuh perlu dihantar ke cucian kering secepat mungkin.
  • Guna pencuci yang melindungi warna untuk basuhan mesin dan kepingan sabun tulen untuk basuhan tangan.
  • Jemur fabrik langsir di ampaian, bukan mengeringkannya di mesin pengering.
  • Perlu tahu bahawa langsir yang diperbuat daripada 100% poliester dan nilon ada yang perlu diseterika sejuk atau tidak diseterika langsung.
  • Jangan seterika fabrik lembut seperti sheers, voile dan organza dengan bahan yang mengandungi akrilik, nilon, asetate dan poliester.

 

Sayangnya, Muka Cantik Tapi NAFAS BERBAU! Sebelum Kena Tegur Baik Cegah

Sayangnya, Muka Cantik Tapi NAFAS BERBAU! Sebelum Kena Tegur Baik Cegah

Jangan anggap remeh soal kesihatan di dalam mulut. Sebab kadangkala hanya kerana bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan. Bau mulut juga boleh membuatkan seseorang menjadi tak percaya diri yang menghalang dirinya untuk bergaul. Lebih-lebih lagi jika ini dialami oleh wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang dimakan.

Namun begitu, jangan bimbang kerana masalah ini boleh dielakkan dengan mengamalkan 4 cara berikut di samping memilih makanan yang membantu mengurangkan bau mulut.

  • EPAL ATAU LOBAK MERAH

Mengunyah epal atau lobak merah pada setiap hari dapat menjadikan nafas lebih segar serta harum.

  • MINUM TEH HIJAU

Meminum teh hijau atau dicampurkan dengan bahan lain dapat membantu. Ini kerana teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di dalam mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.

  • KEJU

Keju mampu melindungi enamel gigi, menghasilkan air liur (saliva) seterusnya membunuh bakteria penyebab plak gigi serta penyakit gusi.

  • MINUM AIR PUTIH 8 GELAS SEHARI

Penggunaan air putih merupakan cari terbaik untuk merangsang air liur (saliva). Amalan berkumur setiap pagi membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celahan gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas air putih setiap hari.

Hebatnya Air Tangan DATIN SURINA, Buat Ramai Kecur Dengan Resipi Tradisinya!

Hebatnya Air Tangan DATIN SURINA, Buat Ramai Kecur Dengan Resipi Tradisinya!

APA PETUA-PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?

Memasak perlu berada dalam keadaan yang tenang di samping ikhlas. Kalau mood ketika memasak sedang dalam keadaan baik secara tidak langsung hasilnya cukup memuaskan hati. Ahli keluarga juga pasti akan gembira serta berpuas hati dengan masakan kita.

KONGSIKAN MENU TRADISI KELUARGA SETIAP KALI MENJELANG SYAWAL?

Selalunya juadah tradisi yang mesti ada setiap kali menjelang lebaran ialah sambal kacang ayam yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tanpanya maka tidak lengkaplah juadah Hari Raya kami.

KUIH TIRAM

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu marjerin
  • Sedikit garam
  • 160ml air
  • 6 sudu tepung jagung
  • 6 sudu minyak

 

Cara Membuat:

Satukan tepung jagung dan minyak sehingga menjadi pes lembut, ketepikan seketika. Satukan semua bahan lain sehingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli. Uli doh supaya menjadi nipis. Bahagikan doh kepada 4 bulatan kecil kemudian baru dicanai. Sapu doh yang telah dicanai dengan pes tepung jagung, sapu rata. Gulung kemas kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Canai leper lalu digoreng sehingga kekuningan. Sira dengan gula halus. Simpan ke dalam bekas kedap udara.

MARUKU

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus tepung muruku (digoreng tanpa minyak)
  • 2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar marjerin atau minyak sapi (dicairkan)
  • Santan secukupnya

 

Cara Membuat:

Masukkan tepung muruku, bijan, jintan manis, rempah kari daging, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk besar, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin. Gaul adunan sehingga sebati. Buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut. Masukkan doh ke dalam acuan maruku, tekan acuan dan keluarkan doh secara lingkaran. Ulang sampai doh habis. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan maruku dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

 

MATA Kekal Segar & Sihat Dengan Rawatan 3 Bahan Mudah Ini!

MATA Kekal Segar & Sihat Dengan Rawatan 3 Bahan Mudah Ini!

Mata adalah jendela hati. Dengan memiliki mata yang sihat, kita mampu melakukan apa saja aktiviti. Namun ada masanya juga mata bermasalah disebabkan kurang perhatian dalam penjagaan kesihatan mata. Bekerja seharian di depan komputer atau sering terdedah dengan habuk pun menjadi punca masalah serius pada mata. Apalagi kalau kurang rehat di malam hari, mata pun akan semakin lesu dan berisiko dijangkiti penyakit.

3 bahan ini dapat membantu anda untuk merawat mata agar kekal segar dan sihat.

PUTIH TELUR

Bagi masalah mata lesu, cuba sapu putih telur di kulit sekitar kelopak mata lalu urut lembut selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Urutan dengan putih telur terbukti berkesan untuk menjadikan mata kembali bermaya sekaligus menegangkan kulit di sekitar kelopak mata.

TEH CHAMOMILE

Sangat efektif untuk mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata. Lingkaran hitam yang terdapat di sekitar mata selalunya disebabkan oleh kurang rehat. Oleh itu, selain amalkan cara ini anda juga dinasihatkan untuk banyak berehat dan amalkan gaya hidup sihat.

PARUTAN KENTANG

Parut kentang lalu masukan ke dalam sehelai kain nipis. Gunakannya sebagai tuam di sekitar kelopak mata. Ia membantu menyembuhkan mata bengkak mahu pun mata yang kepenatan. Selain itu, parutan kentang juga mampu mengatasi masalah mata yang pedih dan kemerahan.

Oh, Begini Caranya Nak Atasi Masalah PERUT BUNCIT!

Oh, Begini Caranya Nak Atasi Masalah PERUT BUNCIT!

Perut buncit, baik wanita mahupun lelaki kedua-duanya berhadapan dengan masalah yang sama kalau tak jaga badan. Keluhan selalunya didengar selepas seseorang itu berkahwin. Ada yang berbadan kurus tapi perut pula buncit. Sehinggakan ada yang menggunakan taktik dengan menarik nafas sewaktu bergambar supaya perut terlihat kempis. Sampai bila anda mampu bertahan dengan cara itu?

Berikut cara yang betul bagi mendapatkan perut kempis dan rata seperti sebelum berkahwin.

PELBAGAIKAN SENAMAN

Amalkan pelbagai jenis senaman mengikut kemampuan. Badan akan terbiasa dengan senaman yang dibuat secara berulang. Contohnya menggabungkan latihan kardio seperti berlari, yoga dan seni mempertahankan diri. Sekaligus ia dapat meningkatkan stamina.

SENAMAN KARDIO

Tahukah anda senaman kardio boleh berlaku semasa anda sedang menaiki tangga atau berjalan kaki? Walau pun ia nampak santai tapi membantu membakar kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.

 

KIRA SAIZ HIDANGAN

Rujuk maklumat di label nutrisi. Jika anda mahu makan di luar, tinggalkan separuh daripada hidangan ke dalam peti sejuk untuk dinikmati keesokannya. Di internet terdapat banyak laman web yang boleh dirujuk untuk mengira saiz hidangan.

BACA SENARAI NUTRISI PADA LABEL

Ini tindakan penting bagi menikmati pemakanan seimbang selain membantu mengelakkan pengambilan makanan tidak sihat. Hadkan juga kandungan gula. Pilih makanan berserat tinggi lebih daripada tiga gram bagi setiap hidangan. Lebih banyak makanan segar yang diambil, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi seimbang.

SEDIAKAN MENU RINGKAS

Memasak makanan sendiri lebih sihat kerana anda boleh mencuba pelbagai kaedah seperti bakar, gril, kukus atau panggang berbanding bergoreng. Gunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Bagi menambah perisa, gantikan dengan herba berbanding garam.

SAYUR & BUAH

Membantu mengekalkan berat badan ideal. Amalkan memakan sayur saderi yang dicicah mentega kacang. Boleh juga amalkan dengan meratah lobak merah. Buah-buahan campuran yang dihiris dan digaul dengan yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek kesihatan setiap hari.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: