Ini Warna Tahunan Untuk Tahun 2018 Yang Dikeluarkan Oleh Pantone Color Institute. Jom Intai Stail Fesyen Dalam Rona Lembut Ini

Ini Warna Tahunan Untuk Tahun 2018 Yang Dikeluarkan Oleh Pantone Color Institute. Jom Intai Stail Fesyen Dalam Rona Lembut Ini

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Pemilihan warna yang sesuai di dalam pemakaian seharian mampu mengubah mood dan juga personaliti. Penulis pasti anda semua ada warna kegemaran masing-masing kan? Nah, ini warna tahunan untuk 2018, ULTRA VIOLET atau dari pandangan mata kasar, ungu lembut. Menurut Leatrice Eiseman yang merupakan pengarah eksekutif Institut Warna Pantone kepada New York Times, “Kami mahu memilih sesuatu warna yang membawa harapan dan juga membawa mesej yang membina. Selain itu warna ini juga melambangkan simbol kepada trend dan suasana budaya.”

Jom kita lihat mood board trend fesyen musim bunga/panas 2018 yang menggarap warna ini dengan baik di dalam rekaan mereka.

Kalau tadi kita lihat dari segi trend fesyen, jom kita intai mainan warna ini menerusi penerapan kepada seni hiasan dalam pula.

Menurut Leatrice lagi, “Tiada unsur-unsur politik menjadi inspirasi kepada pemilihan warna ini sebagai warna tahunan. Ia lebih menjurus kepada cita-cita dan juga pemikiran yang bergerak jauh ke hadapan.”

 

 

 

Biarpun Popular, Bella Hadid Tidak Lupa Asal Usul. Model Terkenal Ini Tidak Takut Memberi Sokongan Kepada Palestin

Biarpun Popular, Bella Hadid Tidak Lupa Asal Usul. Model Terkenal Ini Tidak Takut Memberi Sokongan Kepada Palestin

Jarang kita mendengar selebriti-selebriti terkenal antarabangsa apatah lagi model untuk menyuarakan pendapat secara lantang tentang pencerobohan Israel di Palestin. Namun tidak bagi model terkenal ini, beliau yang merupakan pilihan pelbagai jenama fesyen antarabangsa merupakan seorang wanita yang berdarah keturunan Palestin dari sebelah bapanya, Mohamed Hadid.

Sedih dengan apa yang menimpa Palestin berikutan pengumuman Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, Bella yang baru selesai menghadiri majlis jam tangan Tag Heuer di Kota London meluangkan masa menyertai perarakan berdekatan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah keputusan presiden tersebut dalam balutan busana gaun rona merah hati dan juga kot bulu putih.

Tindakan Bella yang tidak gentar dikritik oleh puak pro-Israel ini menunjukkan bahawa kesungguhannya yang mahu usaha menyedarkan dunia apa yang terjadi di Palestin menerusi statusnya sebagai seorang bintang terkenal. Tahniah diucapkan kepada wanita berusia 21 tahun yang masih berpijak di bumi nyata dan menghargai mereka yang tertindas di Palestin. Sekurang-kurangnya pihak media barat membawa cerita ini lebih meluas dengan kehadirannya.

 

Neelofa Kini Bergelar Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia. Memang Contoh Terbaik Anak Muda Berjaya

Neelofa Kini Bergelar Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia. Memang Contoh Terbaik Anak Muda Berjaya

Pelakon, pengacara dan usahawan ini memang layak dijulang sebagai wanita paling berjaya untuk tahun 2017. Sudahlah cantik, bijak pula orangnya Neelofa memang menepati ciri-ciri wanita muslimah moden yang patut menjadi role-model kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya.

Menceburi dunia seni sejurus selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf, dia terus maju ke hadapan dalam merencana kerjayanya. Tidak menjadikan status selebriti untuk popular semata-mata, dia melangkah ke dunia perniagaan dengan jayanya sehingga diberi pengiktirafan berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 bagi tahun 2017.

Neelofa ketika memenangi pertandingan Dewi Remaja tujuh tahun yang lalu.

Hari ini wanita anggun berusia 28 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini telah diumumkan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non- Executive Independent Director) Syarikat Penerbangan Tambang Murah terkenal AirAsia.

Dalam siaran rasmi media, Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Saya dan ahli lembaga pengarah yang lain sangat berbesar hati mengalukan kehadiran Neelofa sebagai sebagai salah seorang pengarah bebas bukan eksekutif di AirAsia. Dia merupakan satu tambahan yang baik kepada syarikat. Pengalamannya sebagai usahawan, pencipta jenama dan penggegar industri adalah sesuatu yang berharga kepada AirAsia yang mana dia akan menyuntik pandangan segar di dalam bisnes kami selari dengan transformasi ke arah dunia penerbangan digital.”

“Saya sangat bersyukur dan mengambil cabaran ini dan menyertai AirAsia sebagai pengarah bebas bukan eksekutif. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah AirAsia kerana menjemput saya untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar syarikat penerbangan tambang murah terkenal dunia ini.

Ini bukan sahaja satu pencapaian untuk diri saya sendiri bahkan ia adalah untuk semua wanita diluar sana juga. Saya sangat teruja untuk mewakili sudut pandang Gen Y untuk perniagaan ini. Terima kasih sekali lagi AirAsia dan saya tidak sabar hendak terbang bersamamu!” ujar pengacara dan pelakon popular ini.

Kendall Jenner Kini Bergelar Peragawati Dengan Bayaran Terbanyak Mengalahkan Gisele Bundchen Yang Telah Lama Memegang Takhta

Kendall Jenner Kini Bergelar Peragawati Dengan Bayaran Terbanyak Mengalahkan Gisele Bundchen Yang Telah Lama Memegang Takhta

Saban tahun Forbes akan mengeluarkan senarai peragawati yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia dan saban tahun tampuk ini dipegang oleh peragawati veteran asal Brazil, Gisele Bundchen. Namun tahun ini  monopoli ini telah dipecahkan oleh Kendall Jenner yang diangarkan mendaat bayaran sebanyak $22 juta berbanding Gisele yang hanya meraih $17.5 juta.

Perkara ini sudah boleh dijangkakan apabila Gisele mula bersara dari pentas peragaan pada tahun 2015 dan hanya menumpukan kepada kerja-kerja eksklusif dan perniagaan fesyennya sahaja.

Kendall Jenner(kiri) berusia 22 tahun, manakala Gisele pula berusia 37 tahun

Kejayaan Kendall mengungguli takhta the highest paid model of 2017 banyak bersandar kepada popularitinya di laman sosial. Dengan pengikut instagram lebih 85 juta orang, dengan mudah dirinya menarik minat banyak jenama untuk berkolaborasi, ditambah pula dengan kecantikannya, kedua-dua faktor ini menjadi faktor utama kejayaannya. Antara jenama-jenama yang menampilkan beliau sebagai wajah utama seperti La Perla, Estee Lauder dan Adidas.

Ashley Graham berjalan di pentas fesyen Michael Kors

Antara wajah yang mengejutkan berada dalam senarai top 10 peragawati dengan pendapatan terbanyak adalah peragawati bertubuh besar, Ashley Graham yang berada di tangga ke sepuluh dengan jumlah pendapatan $5.5 juta. Kebangkitan wanita ini biarpun telah 10 tahun dalam dunia peragaan dilihat disebagai satu nilai positif dan antara faktor kejayaannya disebabkan penglibatannya dalam penghasilkan koleksi fesyen untuk Dressbarn, Addition Elle dan Swimsuits for All. Selain itu dia turut mendapat kontrak menghiasi kempen H&M dan juga Lane Bryant.

 

Adwoa Aboah Menang Model of The Year 2017 Mengalahkan Kaia Gerber, Winnie Harlow, Bella Dan Gigi Hadid

Adwoa Aboah Menang Model of The Year 2017 Mengalahkan Kaia Gerber, Winnie Harlow, Bella Dan Gigi Hadid

Siapa sangka model berdarah kacukan yang memiliki wajah edgy dan unik ini mengalahkan anak Cindy Crawford, Kaia Gerber yang merupakan model favourite untuk memenangi kategori ‘Model of The Year 2017’ oleh British Fashion Council. Namun kemenangannya ini bukanlah sesuatu yang perlu disangkal, keberadaannya di dalam dunia fesyen memberikan satu kesegaran dan juga kepelbagaian dalam lingkungan peragawati yang rata-rata dikuasai oleh model yang berkulit putih dan berambut perang.

Memilih Untuk Menggayakan Rekaan Pereka Fesyen Muda, Michael Halpern Di Majlis Anugerah Fesyen

Berusia 25 tahun, Adwoa yang berdarah Ghana dan British ini mula dikenali ramai apabila menghiasi wajah hadapan Vogue Itali pada tahun 2015. Tahun 2017 merupakan tahun bertuah buat model ini kerana beliau dipilih menjadi penghias kempen fesyen H&M, John Hardy dan juga Marc Jacbs Beauty. Selain itu beliau menjadi pilihan untuk berjalan bagi pelbagai jenama fesyen di setiap musim fesyen sepanjang tahun ini.

Antara yang menjadikan model ini unik dan terbaik, menerusi popularitinya sebagai model terkenal dia menubuhkan satu saluran yang diberi nama Gurls Talk sebagai paltform digital untuk menangani masalah mental dan juga mempromosikan kepelbagaian kaum di dalam industri fesyen.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: