Muka Dah Cantik-Cantik Bermekap, Keluar Rumah Baru 10 Minit, Muka Dah Berminyak

Muka Dah Cantik-Cantik Bermekap, Keluar Rumah Baru 10 Minit, Muka Dah Berminyak

Pernah tak rasa muka kita paling cantik lepas mekap setiap pagi. Lepas tu beratur beli nasi lemak untuk breakfast kat tepi office rasa muka berminyak giler dan macam boleh buat goreng ikan. Sebenarnya semua orang mempunyai kulit yang berminyak cuma yang membezakan sedikit atau banyak.

Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Bahaya luar ini boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang menjadi pemangkin pertumbuhan jerawat.

Selain itu, minyak pada kulit berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal. Namun, jika minyak di bawah kulit berlebihan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.

Punca wajah berminyak

Makanan berlemak
Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.

Hormon tidak seimbang
Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya seperti ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.

Salah pilih kosmetik
Alat kosmetik mengandungi bahan kimia dan sebagai wanita perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.

Genetik
Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik- beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.

Ubat-ubatan
Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.

Stres
Sebagai tindak balas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah Nampak berkilau dari jauh.

Setelah dikenal pasti apakah punca yang menyebabkan kulit berminyak, cuba atasi masalah ini dengan cara yang berkesan. Boleh mencuba cara ini untuk mengatasi pengeluaran berminyak berlebihan di bawah kulit.

Mencuci muka
Menjaga kebersihan muka sangat penting dan sebaik-baiknya bersih muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan cukup dengan hanya membersihkan wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersihkan wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Minum air kosong
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang menghasilkan minyak berlebihan.

Air suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampurkan sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.

Asid Salicylic
Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan yang lebih cepat. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit. ketika membeli pembersih wajah atau krim muka pastikan mengandungi asid ini.

Xtra!
Asid Salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic acid

 

Geram Tengok Yusof Iskandar Makan, Mungkin Ikut Mummy – Hanis Zalikha

Geram Tengok Yusof Iskandar Makan, Mungkin Ikut Mummy – Hanis Zalikha

Buat mereka yang mengikuti laman Instagram Hanis Zalikha, pasti terhibur melihat keletah Yusuf Iskandar yang sentiasa ternanti-nanti makanan yang dimasak oleh Mummy tersayang. Seronok melihat Yusuf makan dengan berselera dan paling penting pandai menjaga tatasusila di meja makan. Jarang melihat kanak-kanak yang seusia dengannya makan dengan terbit dan tidak comot.

Ketika ditemui semasa majlis pelancaran tujuh rona baharu lipstik jenamanya, Shade Dough, Hanis cuma tertawa apabila diajukan pertanyaan bagaimana dia mengajar anaknya etika di meja makan. “Kalau tanya macam mana Yusof suka makan, saya rasa sudah tentu dia mengikut genetik saya yang suka makan dan suka mencuba makanan. Baru seronok masak kalau Yusuf berselera nak makan. Semua ibu mesti mempunyai perasaan teruja masak kalau anak suka makan.

Mengenai sikap Yusuf yang tertib di meja makan pula mungkin sebab dia sudah biasa terdidik mempunyai daddy yang garang. Hairul memang garang mendidik anaknya, namun saya maintain sahaja. Yusof memang tak berani melawan daddy dia. Baru sekarang Hairul sibuk kembali dengan dunia lakonan, tahun pertama membesarkan Yusuf, Hairul seperti saya menjaganya full time,” tutur Hanis yang belum bersedia jika ditawarkan mengendalikan program masakan sendiri.


Bercerita tentang lipstik yang baharu dilancar baru-baru ini di Pavillion, “Saya sangat happy dan lega serta bangga sebab jenama ini sudah dilancarkan sepenuhnya. Sebelum ini Shade Dough sudah berada dalam pasaran selama setahun dalam pilot period. Suami yang banyak mendorong dan push saya untuk serius meneruskan perniagaan ini. Tapi saya jenis yang particular and perfectionist, saya mahu produk yang benar-benar berkualiti berada dalam genggaman pencinta kosmetik dan kecantikan.

 

Saya dah ready to move on to the next product apabila berjaya melancarkan rangkaian lipstik ini. Saya move on dan mahu keluarkan cleanser, night mask, highlighter. Itu adalah perancangan yang telah saya atur dengan teliti,” terang Hanis.

Sepanjang majlis berlangsung seronok melihat kelibat usahawan dan selebriti lain seperti Neelofa, Datin Diana Danielle, Vivy Yusof dan lain-lain yang turut hadir memberi sokongan. Begitulah yang harus ada dalam diri wanita apabila saling menyokong di antara satu dengan yang lain.

 

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal bukan tiket untuk Mila Jirin duduk bergoyang kaki. Sikap yang tidak pernah kenal putus asa dan berani mencuba, sehingga kini berbangga dengan kekukuhan Bizmilla Catering sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan.

“Pada mulanya saya hanya terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan sahaja. Pada tahun 2010 saya telah membeli sebuah restoran dekat Tasik Prima Puchong yang dikenali sebagai  Restoran Embun Urai. Alhamdulillah sehingga ke hari ini restoran tersebut masih beroperasi dan banyak berjasa kepada kami suami dan isteri.

Kami menyediakan segala kelengkapan perkahwinan bakal mempelai hanya perlu menyediakan door gift dan kad undangan perkahwinan sahaja. Sebenarnya saya sangat terhutang budi dengan suami yang tidak pernah jemu mengajak dan mengajar saya tentang selok-belok perniagaan. Ingat lagi ketika saya berusia 19 tahun, suami (ketika itu teman lelaki) mengajak saya berniaga. Dia kata you should start. Namun ketika itu, saya masih tidak matang dan bersifat keanak-anakan dan mahu enjoy dunia remaja. Namun, alhamdulillah suami banyak memberi bimbingan dan motivasi diri saya agar tidak terus hanyut dalam dunia remaja yang tanpa arah tuju.

Sampai ke hari ini saya masih belajar sebab saya tidak mahu terleka. Saya juga banyak membaca buku-buku motivasi, kisah kejayaan orang-orang ternama, keusahawanan dalam negara dan juga luar negara. Kebanyakan pengalaman yang dikongsi oleh orang-orang berjaya ini adalah sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik,” jelas penyanyi yang telah menghasilkan sebuah album kompilasi yang bertajuk Best of Mila.

      

Dalam semua perniagaan pasti terdapat persaingan, begitu juga dengan perniagaan perkhidmatan perkahwinan ini, “Bagi saya untuk kekal relevan perlu sentiasa upgrade our service dan jaga perkhidmatan kita. Misalnya dewan perkahwinan kami setiap suku tahun kami akan tukar mengikut trend yang popular. Tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Kami juga akan come out dengan new package dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

5 TABIAT  Ini Punca Pekerjaan Anda Tak Lagi SIHAT

5 TABIAT Ini Punca Pekerjaan Anda Tak Lagi SIHAT

Salah satu punca utama mengapa tahap kesihatan seseorang itu kerap terjejas ialah kerana beban pekerjaan. Keadaan ini berlaku bukan hanya di kalangan golongan profesional bahkan sebaliknya. Anda juga tak terkecuali.

Sebelum terlambat lihat bagaimana cara kerja anda setiap hari. Mungkin ada antaranya menjadi punca berlakunya gangguan kesihatan.

TERLALU WORKAHOLIC
Berusaha lebih memang penting bagi perkembangan karier. Tetapi jangan terlalu workaholic sehingga tidak menghiraukan kesihatan yang sering terjejas. Sedarlah kesihatan yang baik adalah aset untuk kelangsungan hidup.

Menurut kajian, bekerja melebihi had masa meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kemurungan. Kualiti tidur juga terjejas secara drastik sehingga menurunkan prestasi kerja. Carilah waktu untuk pergi bercuti bagi menenangkan jiwa.

KURANG BERDIRI DARI MEJA KERJA
Khususnya bagi mereka yang bekerja di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan duduk di kerusi. Tetapi terlalu banyak duduk pun boleh mengganggu kesihatan seperti meningkatkan risiko diabetes, obesiti, kanser, kemurungan dan penyakit jantung.

JARANG DUDUK
Jarang duduk pun boleh membahayakan kesihatan. Beberapa jenis pekerjaan ada yang kurang duduk dan rehat contohnya bekerja di restoran dan hospital. Jika dibiarkan dalam jangka masa yang panjang ia boleh mengganggu kesihatan kaki dan jantung. Lebih-lebih lagi sering memakai kasut tumit tinggi.

JARAK YANG JAUH KE TEMPAT KERJA
Melalui perjalanan yang jauh dan berada dalam kenderaan lebih daripada 30 minit untuk ke tempat kerja setiap hari boleh menjejaskan kesihatan. Kajian menunjukkan perjalanan yang jauh atau panjang mudah mengakibatkan stres dan berlakunya kecemasan.

FIKIR KERJA PADA WAKTU MALAM
Anda sering terjaga pada waktu malam lalu terfikirkan tentang kerja? Ini menunjukkan kerjaya anda benar-benar telah mengganggu kesihatan. Kerjaya yang membebankan fikiran sememangnya boleh mengganggu kualiti dan kuantiti istirehat. Seterusnya meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung dan kanser. Kurang tidur juga menjadikan seseorang mudah lupa.

Risau Kedudukan Bayi Songsang? Ada Kaedah Perubatan Moden Yang Boleh Dijadikan Alternatif MEMBETULKAN KEDUDUKAN Bayi Songsang

Risau Kedudukan Bayi Songsang? Ada Kaedah Perubatan Moden Yang Boleh Dijadikan Alternatif MEMBETULKAN KEDUDUKAN Bayi Songsang

Kedudukan songsang bayi di dalam rahim adalah perkara biasa ketika awal kehamilan. Proses perubahan kedudukan bayi berlaku secara semula jadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32. Jika kedudukan bayi masih tidak berubah maka ibu hamil tersebut diklasifikasikan sebagai kandungan songsang. Namun terdapat juga sebilangan kecil kes bayi mengubah kedudukan selepas dari tempoh tersebut.

Tidak ada cara tertentu untuk merawat kandungan songsang. Namun ramai doktor boleh membantu untuk melakukan External Cephalic Version (ECV) bagi mengubah kedudukan bayi daripada songsang kepada cephalic agar lebih ramai wanita boleh bersalin secara normal.

Syarat-syarat sebelum prosedur ECV dilakukan;
1.Bayi hendaklah matang.
2.Kedudukan uri adalah normal.
3.Air mentuban dalam keadaan normal.
4.Dilakukan oleh doktor di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap.
5.Pesakit perlu sedar dan sanggup mengambil risiko-risiko yang diterangkan oleh doktor beliau.

Risiko-risiko yang dikaitkan dengan ECV termasuklah;
•Bayi akan bertukar menjadi songsang semula.
•Bayi boleh mengalami masalah lemas (fetal distress) ketika atau selepas prosedur ECV tadi.
•Ibu mengalami sakit atau sengal di bahagian otot abdomen selepas ECV.
•Ibu mengalami pendarahan akibat abruptio placenta yang berlaku akibat ECV.
•Ibu terpaksa tinggal di hospital selepas ECV untuk pemantauan ibu dan bayinya.

Semua pesakit yang ingin cuba melahirkan bayi songsang melalui faraj hendaklah bersetuju mengambil risiko-risiko di bawah;
•Risiko bayi lemas.
•Risiko tali pusat jatuh keluar dahulu sebelum bayi dilahirkan.
•Risiko bayi meninggal dunia akibat kedua-dua masalah di atas.

Kadangkala dalam mencuba untuk bersalin secara normal, bayi yang songsang tidak juga turun dan keluar walaupun si ibu mengalami kontraksi dan kesakitan yang kuat. Kes begini akan melalui Emergency Caesarean Section.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: