Pereka fesyen yang satu ini memang popular di kalangan pengantin-pengantin moden yang mahukan sesuatu yang berbeza dan eksklusif. Sentuhan idea kreatif kepada penampilan setiap bakal ratu sehari yang menggunakan khidmatnya bagaikan satu magis membuai jiwa. Semestinya, apa yang direka cantik terletak di tubuh.

Bakal Pengantin Jangan Menilai Busana Menerusi Gambar Sahaja – Nurita Harith
Nurita Harith

APAKAH SIMBOLIK SEBUAH GAUN PERKAHWINAN BAGI ANDA SEBAGAI SEORANG PEREKA FESYEN?

IKLAN

Bagi saya simbol sesebuah gaun perkahwinan mewakili rasa elegan dan klasik dalam pada masa yang sama ia mewakili siapa wanita yang menggayakannya. Sebagai seorang pereka fesyen setiap kali mereka busana perkahwinan saya akan memasukkan elemen yang mewakili bakal pengantin.

SEBAGAI SEORANG PEREKA FESYEN YANG MEREKA SEGALA JENIS KOLEKSI SEPERTI BUSANA READY TO WEAR, LEBARAN DAN JUGA MADE TO MEASURE. APAKAH PERBEZAAN KETARA YANG DIRASAI KALA MENERIMA TEMPAHAN BAJU BUSANA PERKAHWINAN?

Mereka busana perkahwinan semestinya menuntut lebih banyak emosi kerana ia melibatkan hari bersejarah bagi seorang pengantin. Rekaan busana perkahwinan melibatkan lebih banyak perkara-perkara lebih teliti dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk menghasilkan busana ini. Selain itu sebagai pereka fesyen juga kesabaran yang tinggi diperlukan saat menyiapkan sesuatu rekaan kerana ia ia melibatkan proses panjang daripada perbincangan rekaan dan beberapa sesi mencuba pakaian untuk memastikan busana tersebut terletak cantik di tubuh bakal pengantin.

APAKAH WARNA YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN DALAM MENCIPTA BUSANA PERKAHWINAN?

Semestinya warna putih! Namun jika bakal pengantin mahukan warna lain saya akan mencadangkan mereka agar menggunakan warna champange, soft nudes, ungu lembut atau merah jambu lembut. Warna-warna ini mempunyai nilai yang elegan dan classy dan ia menterjemahkan satu gaya perkahwinan yang sangat menawan.

Bakal Pengantin Jangan Menilai Busana Menerusi Gambar Sahaja – Nurita Harith

BAGAIMANA PULA DENGAN PILIHAN FABRIK? JENIS APAKAH YANG PALING SESUAI?

Saya sangat suka fabrik sifon kerana ia merupakan satu simbol yang feminin, namun begitu les juga sesuai kerana ia mempunyai nilai yang klasik dan elegan. Kini fabrik krep juga agak popular di kalangan pengantin moden.

APAKAH PERKARA YANG PERLU SEORANG PENGANTIN TAHU SEBELUM MENEMPAH BUSANA PERKAHWINAN?

IKLAN

Bakal pengantin perlu memahami bentuk busana yang sesuai dengan mereka dan rekaan tersebut menepati selera mereka, dan bukan hanya menilai berdasarkan cantik di dalam gambar sahaja.

ANTARA MAHKOTA, LAYAH DAN BUNGA SEGAR. APAKAH HIASAN YANG PALING SESUAI DIJADIKAN HIASAN KEPALA?

Sebagai pereka fesyen, saya lebih menyukai penggunaan layah panjang dan ringkas untuk bakal pengantin.

Bakal Pengantin Jangan Menilai Busana Menerusi Gambar Sahaja – Nurita Harith

IKLAN

APAKAH SILUET GAUN PERKAHWINAN YANG MENJADI KEGEMARAN ANDA?

Saya sangat suka potongan duyung atau potongan yang sekurang-kurangnya menampakkan bentuk kerana siluet seperti ini pasti nampak lebih cantik apabila para pengantin bergambar.

DARI KACA MATA SEORANG PEREKA FESYEN. APAKAH TREND YANG DIJANGKA POPULAR UNTUK TAHUN 2018?

I think custom embroidery! Penampilan sulaman eksklusif ini sangat unik, mewah dan elegan. Paling penting hanya bakal pengantin tersebut sahaja yang memilikinya.

AKHIR SEKALI, BOLEH KONGSIKAN TIP KEPADA BAKAL PENGANTIN YANG SEDANG MENCARI BUSANA PERKAHWINAN YANG SESUAI?

Sebelum berjumpa pereka fesyen, lakukan sedikit kajian tentang gaya yang anda suka jadi kami sebagai pereka fesyen akan serba sedikit boleh membaca gaya yang anda disukai. Selain itu anda harus percaya dengan pereka fesyen yang dipilih dan idea yang diutarakan. Sentiasalah bersikap positif, kerana minda yang tenang akan memudahkan setiap perjalanan dalam merealisasi busana yang diidamkan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI