Cantiknya pelakon drama yang pernah popular menerusi Love You Mr Arrogant ini sekarang. Selain wajahnya yang makin berseri-seri, susuk tubuh langsing aktres ini juga mencuri tumpuan ramai. Namun, sejak beberapa bulan lalu ketika Zara Zya dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan kelenjar di tepi pipinya, selebriti berusia 33 tahun ini dilihat seakan menyepi dari dunia seni.

IKLAN

Bukan menjauhkan diri dari bidang lakonan dan pengacaraan, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini rupa-rupanya sedang sibuk mengusahakan rangkaian perniagaan. Terkejut bila dapat tahu Zara Zya bukan hanya memiliki satu cabang niaga saja, tapi lebih daripada dua.

Bakat Terpendam ZARA ZYA, Kini Miliki Bisnes Makanan Online ZARAZYACOOKS!

Bakat Terpendam ZARA ZYA, Kini Miliki Bisnes Makanan Online ZARAZYACOOKS!

Selain mempunyai produk pelangsingan Trimz Lotion dan kosmetik, Zarazya Lipmatte, dia juga telah menceburi perniagaan masakan secara online di bawah label Zarazyacooks. Macam-macam menu yang diketengahkan termasuk lauk-pauk, kek dan sebagainya. Antara sajian popular Zarazyacook seperti Sambal Ikan Bilis Tempoyak, Rendang Daging, Udang Masak Lemak, Pucuk Ubi Celur dan juadah Kek Pisang.

Bakat Terpendam ZARA ZYA, Kini Miliki Bisnes Makanan Online ZARAZYACOOKS!

IKLAN

Bakat Terpendam ZARA ZYA, Kini Miliki Bisnes Makanan Online ZARAZYACOOKS!

Bakat Terpendam ZARA ZYA, Kini Miliki Bisnes Makanan Online ZARAZYACOOKS!

IKLAN

Kagum betul dengan semangat Zara Zya. Kalau terus komited menjalankan bisnes berkenaan tidak mustahil rasanya satu hari nanti dia mampu membuka syarikat katering sendiri. Teringat waktu temu bual dengan Zara Zya untuk edisi Ramadan tahun lalu, katanya jika ada kelapangan masa dan cuti daripada sebarang penggambaran dia lebih selesa memasak di rumah. Tak sangka pula bakat memasak yang dimiliki selebriti ini akhirnya menjana pendapatan lumayan!

Di samping sibuk berkejar menguruskan bisnes, Zara Zya kembali aktif ke set penggambaran untuk drama terbarunya, Monalisa. Padat sungguh jadual kerja wanita berjiwa besar ini. Apa-apa pun, semoga perniagaan yang diusahakan Zara Zya terus sukses dan mampu menarik minat golongan wanita lain untuk menceburi bidang perniagaan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI