Terpegun tengok kebolehan anak saudara Hanis Zalikha ini yang fasih berbahasa Inggeris. Walaupun baru berusia empat tahun, Camilla Kyra yang merupakan puteri kesayangan Liana Ezzana mampu bertutur dalam bahasa tersebut dengan sangat baik. Siap ada bunyi British accent lagi.

Bagi kanak-kanak seusia Camilla, kebolehan anak kecil ini menguasai bahasa antarabangsa berkenaan memang satu pencapaian membanggakan. Bukan bererti menidakkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu … sama ada Liana mahupun ibu bapa lain, pastinya menyimpan hasrat agar anak-anak mereka mampu mahir lebih daripada satu bahasa sahaja.

IKLAN

Menceritakan tentang bagaimana dia mendidik Camilla hingga kanak-kanak bijak yang baru menyambut kelahiran pada 23 Januari lepas ini fasih berbahasa Inggeris, Liana tanpa berselindung berkongsi asuhan yang dipraktikkan selama ini.

View this post on Instagram

Amboi #dedobottakescappadocia #dedobottakesturkey

A post shared by Kekna (@leanazainal) on

Baru 4 Tahun, Anak Buah HANIS ZALIKHA Ni Dah Fasih Bahasa Inggeris! Amalkan 4 Tip Mudah Ini Agar Anak Cepat Kuasai Bahasa Tersebut!

 

“Antara faktornya adalah dari dia bayi memang saya berkomunikasi 100% English dengan dia. Rancangan TV yang saya bagi dia tonton adalah dari UK seperti Peppa Pig, BabyTV dan sebagainya sebab saya suka dengar British accent. Jadi masa Camilla mula-mula bercakap memang ada British accent, iyalah budakkan tiru macam parrot.

Tapi bila dah besar ni dah banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling maka ada sedikit ‘manglish’. Selain itu,  aunties and uncles dia banyak berbicara in English tentang pelbagai perkara dengan Camilla. Tak terhad topik kanak-kanak sahaja. Mungkin sebab tu kosa kata (vocabulary) dia luas.”

Baru 4 Tahun, Anak Buah HANIS ZALIKHA Ni Dah Fasih Bahasa Inggeris! Amalkan 4 Tip Mudah Ini Agar Anak Cepat Kuasai Bahasa Tersebut!

View this post on Instagram

Ramai juga yang DM saya, bagaimana Camilla fluent English? . Antara faktornya adalah; 1. Dari dia bayi memang saya berkomunikasi 100% English dengan dia. 2. Rancangan tv yang saya bagi dia tonton adalah dari UK seperti Peppa Pig, BabyTV dsb. Sebab saya suka dengar british accent hehe. Jadi masa Camilla mula2 bercakap memang ada british accent, yela budak kan tiru macam parrot. Tapi bila dah besar ni dah banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling maka ada sedikit ‘manglish’ ? 3. Aunties and uncles dia banyak berbicara (in English) tentang pelbagai perkara dengan Camilla. Tak terhad topik kanak2 sahaja. Mungkin sebab tu kosa kata (vocabulary) dia luas. . Next post kekna share tips okeh ? #dedobotturns4

A post shared by Kekna (@leanazainal) on

IKLAN

Tak sah kalau tak tengok video Camilla berkali-kali. Petah dan comel sangat!

Jadi, lepas ini ibu bapa yang mahu anak-anak mereka fasih bercakap Bahasa Inggeris bolehlah tiru amalan Liana. Malah, ibu muda ini turut berkongsi 4 tip mudah untuk mengajar si kecil menguasai bahasa ini.

Kata Liana, “Ini yang saya buat, rasa sesuai nak ikut silakan.”

Baru 4 Tahun, Anak Buah HANIS ZALIKHA Ni Dah Fasih Bahasa Inggeris! Amalkan 4 Tip Mudah Ini Agar Anak Cepat Kuasai Bahasa Tersebut!

IKLAN

Baru 4 Tahun, Anak Buah HANIS ZALIKHA Ni Dah Fasih Bahasa Inggeris! Amalkan 4 Tip Mudah Ini Agar Anak Cepat Kuasai Bahasa Tersebut!

1. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah, parents dan orang sekeliling jangan jadi ‘grammar nazi’. Biarkan grammar berterabur. Dia akan belajar along the way. Betulkan sedikit-sedikit sepanjang dia membesar. Tak perlu stress, lulusan universiti tersohor pun grammar ke laut juga. Relax ok.
2. Jangan risau dia tak faham terms yang akan anda gunakan kerana umur dia masih kecil. Bila dia tanya kenapa kenapa kenapa, jawab soalan dengan penjelasan yang lengkap apa dan bagaimana. Jawab dengan betul. Sesetengah parents rasa kalau kita explain budak tak faham, jadi ambik shortcut dengan bagi jawapan tipu / kisah dongeng / atau just jawab je apa-apa supaya anak diam. Bila begini, kita risau otak dia tak berkembang, kerana dia tak dilatih berfikir dan vocab terhad.
3. Walaupun anda berbahasa Inggeris dengan anak, jangan halang orang lain berbahasa lain dengan anak anda. Biar dia terdedah dengan banyak bahasa. Grandpa Camilla sering berbahasa Melayu dengan dia, dan bila kami sekeluarga / kawan-kawan berborak bahasa Melayu, dalam diam Camilla observe dan absorb. Jadi Camilla juga tahu berbahasa Melayu.
4. Bila anda rasa bahasa Inggeris anak anda dah agak-agak ok boleh berkomunikasi dengan lancar, boleh mula lebihkan bahasa Melayu. Muka anak memang blur kejap tapi cakap je bahasa Melayu as if dia faham. Lepas tu terangkan makna dalam bahasa Inggeris. Macam yang saya sedang buat sekarang. Kadang tiba-tiba je Camilla datang dekat saya dan cakap “Mummy, pretty is cantik. Sleep is tidur.”

Tambahnya lagi, “Itu tipnya setakat pengalaman sayalah. Saya pun baru anak seorang tapi inilah formula yang saya reka sendiri. Alhamdulillah setakat ni ok.”

Sumber: Instagram @leanazainal

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI