•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Anak-anak merupakan amanah yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh. Segala-gala tentang kanak-kanak dan bayi perlu penjagaan ekstra terutama kesihatan.

Kulit bayi juga perlu dipelihara sempurna agar tidak timbul ruam atau iritasi yang berbahaya. Oleh itu pilih mandian bayi yang lembut dan bebas daripada bahan kimia demi kesejahteraan mereka.

Rangkaian penjagaan kulit bayi dan kanak-kanak, Buds for Kids telah memperkenalkan koleksi organik dengan wajah baharu. Dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity telah ditambah yang menampilkan empat karakter raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia yang terdapat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabkan ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak. Untuk mengelakkan reaksi tersebut, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak.

Tip Pilih Produk Mandian Kanak-kanak

  • Baca label kandungan di bahagian belakang botol produk gel mandian dan syampu sebelum membeli.
  • Semak jika tertera Sodium Lauryl Sulfate atau SLS iaitu bahan kimia yang sering dijumpai di dalam kebanyakan produk pembersihan seperti syampu, sabun, gel mandian, sabun basuh baju, cecair kumur dan ubat gigi. Ia mempunyai sifat-sifat menghakis (itulah sebabnya ia digunakan di dalam bahan pencuci lantai dan pinggan!) dan terbukti menyebabkan iritasi pada kulit dan mata.

Peraduan ‘Menamakan Raksasa Comel’

Sempena meraikan wajah baharu, Buds for Kids menjemput kanak-kanak untuk bersama-sama mengenali lebih lanjut empat ekor raksasa comel mereka.

Setakat ini, kesemua raksasa comel itu belum diberi nama dan menjemput rakan-rakan mereka, iaitu kanak-kanak untuk menamakan mereka.

Sehubungan itu, Buds for Kids akan mengadakan peraduan menerusi Facebook untuk memudahkan kanak-kanak menamakan keempat-keempat raksasa comel yang dipamerkan pada produk daripada 28 September sehingga 31 Oktober 2017. Hamizatul Maizan Mohamed

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: