Setiap suami pasti membenci perkara ini… nah, bukankah mereka pun manusia biasa juga?

Benci, mungkin satu perkataan itu agak keterlaluan. Tapi kita sebagai golongan isteri jarang sedar tentangnya. Tentang betapa banyak dia mengambil berat dan anehnya tak tahu bagaimana untuk mengatakannya pada kita.

IKLAN

Agar kita mula belajar tentang perasaan suami yang sebenar, semak 10 perkara rahsia ini yang sangat ‘dibenci’ oleh suami tanpa pengetahuan isteri.

(1) Dia benci bila isterinya sakit

Melihat sang isteri terlantar di katil, berjuang melawan kesakitan atau sakit bersalin, suami kita juga turut terseksa berperang perasaannya. Bencinya kerana tak mampu berbuat apa-apa! Setiap saat dia berharap agar biarlah dia yang sakit, asalkan boleh membantu menghilangkan kesakitan itu.

(2) Dia benci melihat isterinya menangis

Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat linangan air mata isteri. Dia benci dengan tangisan itu. Anda fikir dia tak sedar bila matamu merah kerana menangis? Atau anda fikir dia buta tak melihat kesedihan yang ditanggung? Tunggu. Dia tahu sebenarnya.

(3) Dia benci apabila berjauhan

Lelaki kurang mahir menunjukkan rindunya apabila berjauhan, tapi suami anda sejujurnya sentiasa mengingati anda bila berjauhan. Sebab itulah dia tertunggu-tunggu untuk pulang ke rumah. Jangan lupa tujuannya berkahwin dengan kita, bukankah dia nak luangkan sebanyak mungkin masanya bersama-sama?

(4) Dia benci bila isteri hilang kepercayaan diri

Seorang suami mungkin tidak akan selalu di sisi isteri. Itu kerana dia percaya bahawa isterinya sangat sempurna dan mampu berdikari. Ingatlah ketika anda fokus pada kelemahan diri sendiri, dia pula fokus pada kekuatan anda. Dia benci dan takut jika anda kehilangan rasa percaya ini.

(5) Dia benci bila seseorang tidak melayan isterinya dengan baik

IKLAN

Suami adalah seorang pelindung. Mungkin itu yang membuat darahnya mendidih bila melihat isteri dilayan dengan buruk atau disakiti orang lain. Kemarahan itu meluap-luap kerana dia amat menyayangi anda dan pasti dia benci melihat orang lain menyakiti orang yang disayanginya.

(6) Dia benci bila isteri bertukar personaliti

Media massa sentiasa menyogok fikiran wanita dengan idea yang salah tentang bagaimana ciri-ciri seorang  isteri yang ideal. Jika anda mengahwini lelaki yang betul, dia dari awal lagi pasti benci jika anda bersungguh-sungguh mahu mencapai standard ‘palsu’ itu. Dia mencintai anda kerana diri anda. Jadi tak usahlah berubah semata-mata untuk mengambil hatinya.

(7) Dia benci melihat kegagalan isteri

IKLAN

Dia mahu isterinya sukses dan dia benci jika ada sesuatu yang menggagalkan. Suami anda adalah saksi utama, yang melihat segala usaha dan masa yang anda habiskan untuk sesuatu. Walaupun kegagalan itu adalah sebahagian proses kehidupan, tapi ingatlah suami anda sentiasa ada untuk membantu anda bangkit sekali lagi.

(8) Dia benci bila isteri malu dengan diri sendiri

Lelaki memilih wanita sebagai isteri bukan kerana tubuh yang langsing atau rupa paras yang cantik semata-mata. Dia juga sebenarnya menyenangi sifat kelakar atau baik hati yang anda miliki selama ini. Ya, mungkin semua orang sedar perubahan fizikal yang berlaku terhadap diri anda, tapi itu bukanlah hal penting yang mengubah cintanya. Dia benci bila anda membandingkan diri sendiri dengan orang lain atau bersedih kerana mulai tua.

(9) Dia benci bila menyinggung perasaan isteri

‘Ah, kalau dia benci menyakiti perasaan kita, kenapa dia masih lakukannya?’ Sebenarnya suami kita tak bermaksud pun sedemikian. Dia juga manusia biasa, yang kadang-kadang tak berfikir sebelum berkata-kata. Maka apabila dia ‘terlepas’ mengatakan sesuatu, dia pasti akan kesal dan benci dengan dirinya sendiri.

(10) Dia benci bila isteri sedih

Semua senarai ini menyimpulkan satu perkara utama yang dibenci oleh seorang suami; bila isteri bersedih. Sebagai sumber kebahagiaannya, dia mahu isterinya juga gembira untuk hidup bersama-sama. Apa saja yang dibenci ini menunjukkan betapa dalamnya dia mencintai anda selama ini! Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI