Sebenarnya kalau nak dapat hasil solekan umpama mekap artis profesional, kelengkapan alat solek kenalah lengkap. Siap dengan segala barang daripada berus hingga span. Jalan keluar dengan mudah, beli jer produk tiruan. Rupa pun sebiji macam yang ori harga pun jauh lebih murah. Eh, salah tu!

Lambakan produk kecantikan kini kadang-kadang mengelirukan pengguna kerana bercampur aduk dengan produk kosmetik tiruan. Terpengaruh dengan rakan-rakan dan terpedaya promosi di laman sosial membuat pengguna berani mencuba untuk menggunakan alat solek tiruan ini.

IKLAN

Penggunaan kosmetik tiruan ini mempunyai kesan sampingan dan berbahaya untuk kesihatan. Sejauh mana pengaruh kosmetik tiruan ini memberi kesan?

Sebagai wanita perlu peka dan ambil tahu bahawa setiap kosmetik yang dipakai mempunyai kandungan bahan kimia yang telah diproses. Setiap bahan kimia boleh membahayakan diri terutamanya jika pendedahan yang keterlaluan.

Perbezaan alat solekan tiruan dan asli, sudah tentu lebih ketara pada harga. Jenama ternama sebagai contoh mempunyai reputasi yang penting untuk dijaga. Ini yang menyebabkan potensi untuk barangan mereka menjadi rosak dan risiko mendatangkan masalah kepada pengguna adalah lebih rendah.

Berbaloi Ke Pakai Mekap Tiruan Semata-Mata Nak Buat Tutorial? Awas, Kulit Anda DALAM BAHAYA!

Alat solek tiruan memang ada besar kemungkinan menggunakan teknologi pembuatan yang tidak setanding dengan jenama asli dan ini meninggikan lagi risiko seseorang pengguna mendapat masalah sampingan selepas menggunakannya.

Sekiranya terdapat masalah yang berlaku tiada tindakan yang boleh diambil oleh pengguna terhadap penjual kerana sememangnya risiko itu diambil oleh pembeli itu.

Manakala jika masalah berlaku dengan memakai alat solek asli pembeli boleh memulangkan semula produk dan boleh membuat pengaduan. Dengan adanya polisi sebegini jenama-jenama ini lebih prihatin dan berhati-hati dengan kualiti produk kosmetik yang dipasarkan.

Terdapat banyak kandungan kosmetik berbahaya dan memudaratkan kesihatan tetapi di antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik yang boleh memudaratkan diri. Di antaranya adalah, apabila diserap daripada kulit akan mengubah struktur kestabilan sel-sel dalam badan.

Apabila perubahan ini berlaku ia mengganggu pelbagai sistem dalam badan seperti sistem endokrin, hormon reproduktif dan saraf.

Perubahan struktur sel juga boleh menyebabkan sel-sel ini mutasi dan seterusnya menjadi sel-sel kanser.  Perubahan struktur sel ini juga dinamakan bahan karsinogenik.

IKLAN

Berbaloi Ke Pakai Mekap Tiruan Semata-Mata Nak Buat Tutorial? Awas, Kulit Anda DALAM BAHAYA!

TIP ELAK BELI KOSMETIK TIRUAN 

Bagi menghindar diri daripada terus memakai kosmetik tiruan ini, apa yang perlu dilakukan adalah:

(a) Beli yang asli

IKLAN

Memang banyak tempat boleh membeli alat kosmetik tetapi untuk membeli yang asli perlu berkunjung ke lokasi yang betul seperti kaunter kosmetik di pasar raya atau butik kosmetik itu sendiri. Membeli di lokasi yang diyakini kecil kemungkinannya untuk membeli produk yang telah dipalsukan.

(b) Pembelian atas talian 

Kepesatan dunia teknologi menjadikan jenama terkenal juga terpaksa turut sama menjual secara atas talian. Pembelian atas talian juga perlu berhati-hati dan pilih penjualan laman rasmi sahaja. Jika membeli bukan di laman rasmi produk tersebut siasat dengan teliti produk yang ingin dibeli. Apabila harga yang dijual terlalu rendah, mungkin sahaja produk itu sebenarnya tiruan.

(c) Pilih jenama terkenal

Pilih jenama yang dikenali sama ada jenama mewah atau mampu milik. Kini terdapat banyak produk murah dari China dan Korea yang menjanjikan kesan pantas. Jangan terpedaya dengan produk kosmetik yang murah tetapi belum diketahui hujung pangkal produk tersebut. Periksa pendaftarannya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan pemalsuan produk.

(d) Periksa isi kandungan

Isi kandungan sesuatu produk berupaya mengatasi masalah yang dihadapi wanita. Namun, jika digunakan secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk. Periksa isi kandungan dengan meneliti apa yang tertera di labelnya. Cuba lihat jika terkandung bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, rhodamin B, hidrokinon, elakkan membeli produk ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI