Amboi, cantiknya tengok teaser koleksi Rizalman For Zalora 2018 untuk Aidilfitri nanti! Digayakan pula oleh si cantik manis, Izara Aishah sebagai muse, haiii… terasa berdenyut-denyut jari nak order baju. Tapi tak boleh!

IKLAN

Oops, mestilah tak boleh. Sebab baju-baju ini hanya akan diperagakan secara rasmi dalam fashion show #rizalmanforzalora pada 4 April 2018 nanti. Maknanya, kena tunggu sebulan lebih lagilah.

Olahan jalan cerita yang ditulis pada kapsyen pereka tersohor ini pun betul-betul menggeletek hati peminatnya. Izara Aishah membawa watak si kembar Kunti dan Paro, dua gadis yang suka melaram sakan. Katanya Kunti anak kesayangan bapa, manakala si Paro rapat dengan mendiang ibunya.

Walaupun menulis dalam nada humor, tapi perasan juga sebenarnya Datuk Rizalman sedang menyindir golongan tertentu secara halus. Kita yang membaca pun terasa tau, antaranya…

Tapi kadang2 tu ada lah jugak si Paro ni pinjam baju adik dia si Kunti ni, tu yang terseksi sikit…. tapi dia tak upload lah dalam IG takut orang nampak. Paling2 pun dia private kan kejap akaun dan kalau ada orang kecam pun dia terus block.

Ok yang tu win!

Meskipun cantik, tapi masih ada segelintir netizen yang mempersoalkan rekaan Datuk Rizalman Ibrahim kali ni. Big question mark, Aidilfitri atau Deepavali? Kita tunggu penjelasan daripada perekanya sendiri nanti.

IKLAN

Sekali imbas, nampak Datuk Rizalman banyak menggunakan fabrik broked, sifon dan Indian fine cotton. Selain baju kurung, terdapat juga pilihan kaftan, kurung Pahang, kurung Kedah, tunik dan sebagainya. Tak dapat nak teka semua, kena tunggu kejutan di fashion show nanti.

Boleh jengah Instagram dan Facebook rasmi Datuk Rizalman Ibrahim untuk tengok sendiri teaser ni.

IKLAN

Sumber: Instagram @rizalman71

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI