•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Secara literal, hijab bermaksud sesuatu yang digunakan untuk menyekat sesuatu yang lain. Ajaran Islam mewajibkan wanita untuk berhijab atau menutup bahagian tubuh tertentu kecuali yang dibenarkan.

Sedar atau tidak, menutup bahagian badan tertentu memberikan pelbagai manfaat kesihatan berdasarkan beberapa kajian ilmiah yang sedia ada.

(a) SINARAN MATAHARI

Seperti yang diketahui, sinaran ultraviolet matahari adalah berbahaya jika mengenai kulit dalam masa tertentu. Pelbagai masalah kesihatan akibat sinar UV seperti garis halus pada wajah, kerosakan mata hinggalah penyakit kanser kulit.

Pakar kesihatan turut mengingatkan orang ramai untuk menggunakan krim tabir suria demi melindungi kulit mereka. Namun cadangan terbaik sebenarnya adalah memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh.

Sebagai maklumat tambahan, pakaian yang terang dan gelap cenderung mampu merefleksikan sinar UV berbanding pakaian berwarna pastel.

(b) UDARA PANAS

Hampir sama seperti matahari, udara panas juga membawa kesan buruk terhadap kesihatan khususnya bahagian otak. Jadi apabila udara sedang sangat panas dan seseorang harus keluar rumah, pakar kesihatan menyarankan untuk memakai pakaian yang boleh melindungi diri.

Terutamanya pada bahagian mata, kepala dan leher untuk mengurangkan risiko kesihatan yang menyerang bahagian otak.

(c) UDARA SEJUK

Tubuh yang terkena suhu sejuk terlalu lama akan membuat seseorang menderita demam, flu, rasa ngilu dan menggigil. Ujian kesihatan membuktikan bahawa 40 ke 60 peratus tahap kepanasan tubuh menurun akibat udara yang terlalu sejuk.

Hinggakan orang ramai disyorkan menutup kepala dan tubuh dengan pakaian tebal demi mengekalkan suhu kepanasan tubuh masing-masing.

(d) BERSIH

Sementara itu, untuk kerja-kerja tertentu, ada peraturan menutup kepala demi menjaga kebersihan di persekitaran pekerjaan. Misalnya jururawat, pekerja di restoran, klinik dan sebagainya.

Penutup kepala diharapkan dapat mencegah pencemaran dan penyebaran virus serta jangkitan. Banyak manfaat kesihatan dengan berhijab.

Jika anda salah seorang daripadanya, disarankan menjaga kesihatan rambut walaupun seharian berhijab. Rambut akan tetap terpelihara dan penampilan anda pasti kelihatan sopan walaupun di mana saja anda berada.

TRIVIA EKSTRA

  1. Berhati-hati ketika menggosok rambut yang basah dengan tuala selepas mencuci rambut. Gerakan ini boleh merosakkan kutikel (di lapisan luar kulit kepala) yang mengakibatkan keguguran dan kekusutan. Sebaiknya balut rambut dengan tuala, tekan dengan lembut untuk menyerap air. Gunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikan kekusutan.
  2. Elakkan menyemburkan wangian secara langsung pada rambut. Minyak wangi mengandungi alkohol yang membuatkan rambut mulai kering. Bukan tidak boleh langsung tapi sembur saja wangian pada telapak tangan dan gosokkan beberapa kali agar alkohol meruap lalu gosokkannya pada rambut. KR

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: