Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
IKLAN
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
IKLAN
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
IKLAN
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Haruman segar bunga mawar menyelubungi segenap ruang di Nizza Sofitel telah menyuntik perasaan indah yang sukar digambarkan. Setiap sudut telah diserikan dengan kelopak mawar yang mampu memikat hati sesiapa sahaja. Jenama produk penjagaan dan kecantikan kulit telah mengangkat bunga mawar sebagai elemen utama rangkaian produk terbaharunya, The Absolue Rose Drop.
Produk yang terbaharu ini menjanjikan keputusan yang menakjubkan dan pasti menjadi produk penjagaan diri yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Absolue Precious Cells Rose Drop Night Peeling Concentrate adalah kunci kepada kecantikan kulit kerana mampu melakukan proses eksfoliasi kulit dalam tidur anda. Diperkaya dengan konsentrasi minyak yang dirumuskan khas berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati yang tidak diperlukan oleh kulit.
Krim mewah ini akan menghasilkan kulit cerah berseri secara semula jadi dan boleh menerima nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit secara maksimum. Kulit juga akan kekal muda kerana kelembapan bawah kulit terpelihara secara semula jadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan Zalina Azman masih menjadi tanda tanya. Walau hampir setahun kehilangannya dilaporkan, sehingga kini masih belum ada petunjuk baru yang dapat membantu siasatan polis untuk mengesan bekas personaliti TV3.
Berita kehilangannya bukan saja meruntun jiwa rakyat Malaysia yang terdesak untuk tahu keberadaannya, namun bekas rakan sejawatnya juga tidak putus-putus berdoa, dan mencuba untuk menemuinya, seperti Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan ramai lagi.
Dan terbaru, semalam secara langsung di rancangan tv MeleTOP, Sharifah Shawati yang juga bekas rakan sejawat dan rakan baik Zalina sewaktu di TV3 hadir secara ekslusif menceritakan pengalamannya mengenali insan bernama Zalina Azman.
Jelasnya, “Saya dah lama tidak jumpa dengan Zalina. Pada kali terakhir saya bertemu dengannya adalah ketika sambutan hari jadi. Lama sangat. Masa itu saya diminta menjadi pengacara majlis untuk anak dia Mikal yang hendak berkahwin, tetapi sekarang Mikhael Norman sudah berumur 33 tahun. Bayangkan betapa lama tidak bertemu selepas itu.
“(Saya ada cuba) telefon sebab nak keluar dengan dia (tapi dia) tidak jawab. Jadi kami beranggapan dia mahu kehidupan peribadi. Jadi kita kena hormat,” kongsinya lagi.
Sharifah Shawati yang juga mengusahakan syarikat perkhidmatan konsultasinya sendiri iaitu Adamaya Consultancy & Services turut meminta Zalina untuk menghubungi ahli keluarganya andai beliau sedang menonton siaran langsung tersebut.
“Jadi Zal, sekiranya kamu sedang melihat kami sekarang, kamu tahu kita sedang mencari anda. Kami sayangkan anda dan ingin anda tahu, anda tidak keseorangan. Kamu perlu jadi seorang yang kuat, kerana apa sahaja yang sedang dihadapi kamu sekarang ini, kami tidak tahu, tetapi kita semua bersama dengan kamu, Zal.
“Kami sayangkan anda. Tolong hubungi mak ayah, keluarga dan beritahu mereka kamu selamat. Kami tidak akan berhenti mencari anda,” mohon Sharifah.
Ujar Sharifah lagi, Zalina seorang insan yang cukup menjaga kisah peribadi dan tidak suka menjaja cerita yang tidak perlu.
Sebelum ini, media melaporkan, Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih belum ditemui walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.
Tonton sedutan temubual Nabil Ahmad dan Sheery Alhadad bersama Sharifah Syawati di link ini. Untuk rakaman penuh, anda boleh menonton di ASTRO Go!
Sumber: ASTRO Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun ada ramai kelahiran selebriti muda, popular dan kaya di persada Hollywood ketika ini namun nama Paris Hilton masih gah dalam kelas tersendiri. Kreativiti Paris
mengembangkan cabang perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya fesyen, kecantikan dan muzik nyata berjaya meletakkan dirinya kekal relevan di mata masyarakat sampai sekarang. Tidak hairanlah sehingga pertengahan tahun ini sahaja peragawati terkemuka ini mencatatkan kekayaan mencecah USD 300 juta!
Meniti usia 39 tahun, Paris yang dilahirkan pada 17 Februari 1981 di New York tidak hanya dikenali sebagai model kelahiran Amerika Syarikat bahkan dia juga sebenarnya seorang ahli perniagaan berjaya, socialite, personaliti TV, pelakon, penyanyi dan juga DJ. Baru-baru ini nama Paris Hilton kembali menjadi bualan ramai rentetan kisah pertunangannya dengan
seorang jejaka kacak, Chris Zylka.
Namun perkara yang paling mencuri perhatian apabila dia dikhabarkan menerima sebentuk cincin pertunangan berharga USD 2 juta. Disebabkan nilai cincin yang mahal tersebut, gerak-geri Paris hari ini sentiasa dikawal ketat oleh beberapa pengawal peribadi.
Memetik laporan media antarabangsa, perniagaan produk kosmetik, minyak wangi, label pakaian dan kerjaya Paris sebagai DJ membolehkan dia mengaut keuntungan sehingga USD 10 juta. Malah menurut laporan Celebrity Net Worth, Paris Hilton memiliki kekayaan sehingga mencecah USD 300 juta atau perbezaan sebanyak USD 50 juta di belakang rakan baiknya yang juga socialite popular, Kim Kardashian.
Dengan nilai kekayaan itu ia sekaligus menjadikan Paris Hilton antara model terkaya di dunia.
Menelusuri latar belakang kehidupan jelitawan ini, ibu Paris pernah bergelar pelakon sementara bapanya ialah seorang usahawan. Dia dibesarkan bersama tiga orang adik-beradik iaitu Nicky, Barron dan Conrad. Datuk Paris Hilton merupakan pengasas rangkaian perhotelan terkemuka dunia iaitu Hilton Hotels dan bersandarkan status datuknya, Paris
bergaul rapat dengan beberapa rakan artis dan personaliti terkenal seperti Kim Kardashian, Ivanka Trump dan Nicole Richie.
Dibesarkan di Los Angeles dan mula menceburi bidang peragaan seawal usia kanak-kanak, Paris bagaimana pun telah menandatangani kontrak sebagai model di bawah agensi peragaan milik Donald Trump ketika berumur 19 tahun dan terus melebarkan bakatnya di kaca televisyen pada tahun 2003.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!