Jarang kita mendengar selebriti-selebriti terkenal antarabangsa apatah lagi model untuk menyuarakan pendapat secara lantang tentang pencerobohan Israel di Palestin. Namun tidak bagi model terkenal ini, beliau yang merupakan pilihan pelbagai jenama fesyen antarabangsa merupakan seorang wanita yang berdarah keturunan Palestin dari sebelah bapanya, Mohamed Hadid.
Sedih dengan apa yang menimpa Palestin berikutan pengumuman Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, Bella yang baru selesai menghadiri majlis jam tangan Tag Heuer di Kota London meluangkan masa menyertai perarakan berdekatan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah keputusan presiden tersebut dalam balutan busana gaun rona merah hati dan juga kot bulu putih.
Tindakan Bella yang tidak gentar dikritik oleh puak pro-Israel ini menunjukkan bahawa kesungguhannya yang mahu usaha menyedarkan dunia apa yang terjadi di Palestin menerusi statusnya sebagai seorang bintang terkenal. Tahniah diucapkan kepada wanita berusia 21 tahun yang masih berpijak di bumi nyata dan menghargai mereka yang tertindas di Palestin. Sekurang-kurangnya pihak media barat membawa cerita ini lebih meluas dengan kehadirannya.
Junjung Adat Minangkabau Di Hari Pernikahan, NIKITA WILLY Anggun Dalam Persalinan Tradisional
Tanggal 16 Oktober 2020 yang lalu menyaksikan pelakon, usahawan Indonesia, Nikita Purnama Willy selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Indra Priawan Djokosoetono.
Majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana Indonesia masih berhadapan dengan COVID19 ini tetap diadakan dalam suasana meriah walaupun hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kedua belah keluarga. Pasangan ini bernikah setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta walaupun pernah terputus seketika. Namun jodoh yang kuat akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Apa yang lebih istimewa, empunya @dreamy.nikitawilly @dreamy.clinic dan @nikitawillygold ini memilih melangsungkan pernikahan dalam suasana dan dekorasi Minangkabau yang penuh tradisi dan kaya dengan adat turun temurun. Adat Minangkabau dipilih memandangkan Nikita merupakan wanita berdarah keturunan Minang.
Pada majlis akad nikah, Nikita kelihatan anggun dalam persalinan kebaya merah hasil rekaan @myrnamyura dilengkapi suntiang emas dan riasan indah hasil karya @marlenehariman. Manakala Indra memakai pakaian rona merah tradisi Minang hasil ilham Didiet Maulana dari SVARNA by Ikat Indonesia.
“Saya mengimpikan busana perkahwinan mengenakan baju merah dan suntiang emas. Sepanjang proses merencanakan perkahwinan, saya banyak berbincang dengan stylist dan impian tersebut berjaya direalisasikan,” ujar Nikita Willy sambil tersenyum bahagia.
Nikita turut menerima mas kawin berupa satu set perhiasan emas seberat 75 gram dan berlian 9 karat. Untuk rekod, Indra berasal dari keluarga hartawan di mana keluarganya merupakan pemilik konglomerat Blue Bird Grup.
Menariknya dalam perkahwinan masyarakat Minangkabau, sebaik sahaja selesai diijabkabulkan menjadi suami Nikita Willy, Indra Priawan turut menerima gelaran baharu yang disematkan di belakang namanya selepas bernikah.
Gelar tersebut merupakan tradisi dalam adat Minangkabau memandangkan Nikita merupakan perempuan berdarah Minang. Kini, nama suami Nikita menjadi Indra Priawan Djokosoetono Sutan Pangeran. Walaubagaimanapun,gelaran tersebut berlaku hanya untuk ketika Indra berada di lingkungan keluarga pihak perempuan sahaja di mana saudara dan anggota keluarga Nikita wajib menyematkan nama Sutan Pangeran untuk Indra.
Gelar tersebut diambil dari suku keluarga Nikita iaitu suku Guci Kanagarian Bukit Tinggi dan suku Koto Kanagarian Sungai Puah, Bukit Tinggi.
Foto: @nikitawillyofficial94,@thebridestory,@axioo @akuaha @dimarbrata
#BridestoryXNikitaIndra #OWFXNikitaIndra
Datuk Sudirman Genap 30 Tahun Pergi Selamanya, Penghibur No 1 Asia Ini Tiada Pengganti
Tanpa disedari rupanya hari ini genap 30 tahun Penghibur No 1 Asia, Datuk Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita buat selamanya. Memori indah yang ditinggalkan penyanyi kesayangan ramai ini masih diingati sehingga ke hari ini.
Masih ingat lagi saat berbicara dengan salah seorang peminat Datuk Sudirman suatu ketika dahulu. Menurut peminatnya itu, Penghibur No 1 Asia ini pasti membalas kad ucapan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada setiap peminat yang menghantar kepadanya.
Ketika itu tiada ucapan secara elektronik hanya kad sebagai pengganti diri. Begitulah bagaimana penghibur yang meninggalkan kita pada jam 4 pagi 22 Februari 1992 di usia 37 tahun ini menghargai peminatnya. Sukar berjumpa dengan insan seni sebegini lagi.
Fakta Tentang Datuk Sudirman Haji Arshad
Keluarga
Penghibur No 1 Asia ini dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak ke tujuh daripada sembilan orang adik beradik.
Kedua ibu bapa beliau adalah tokoh politik yang tidak asing lagi di bandar tersebut. Bapanya Allahyarham Haji Arshad bin Haji Hassan, seorang ahli perniagaan dan juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Temerloh.
Sementara ibunya adalah wanita pertama yang menjadi wakil rakyat Pahang iaitu Allahyarhamah Puan Ramlah binti Dahlan. (Sumber: umlibguides.um.edu.my)
Pendidikan
Datuk Sudirman mendapat pendidikan awal di SK Temerloh pada tahun 1961 dan pelajaran menengah di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan sehingga tamat tingkatan enam.
Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1976 dan meraih ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian (L.L.B. (Hons)) pada tahun 1980 dan diiktiraf sebagai peguam (called to the Bar) pada tahun 1984. (Sumber: umlibguides.um.edu.my).
Anak saudara beliau, Razman Azrai Zainudin atau Atai mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
Kerjaya
Datuk Sudirman menjadi peguam untuk beberapa tahun, namun meninggalkan profesion itu untuk fokus kepada kerja seninya.
Karier seninya bermula apabila menjuarai Bintang RTM 1976. Album pertamanya, “Aku Penghiburmu” terbit pada 1978 dan Datuk Sudirman tamat pengajian 2 tahun kemudian.
Namanya popular sebagai bintang utama era 80-an dengan deretan lagu hits bersama gaya persembahannya yang kreatif.
Bintang ini melakar sejarah pada malam 15 April 1986 apabila mengadakan konsert terbuka dan percuma di Jalan Chow Kit yang disaksikan oleh lebih 100,000 penonton dari segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar KL.
Datuk Sudirman dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Salem Asian Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengatasi peserta lain antaranya legenda pop Hong Kong, Leslie Cheung dan Anita Sarawak dari Singapura.
Datuk Sudirman pernah bergelar pelakon apabila membintangi filem ‘Kami’ (1982) sebagai teraju utama. Beliau juga pernah menerbitkan buku kanak-kanak dan autobiografinya sendiri, menjadi kolumnis serta wartawan sambilan.
Datuk Sudirman juga pernah menghasilkan komik lukisannya sendiri yang diterbitkan di majalah dan akhbar tempatan.
Selain itu, Datuk Sudirman merupakan seorang usahawan yang menghasilkan minuman ringan ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, Utusan Malaysia
Baca juga; Seniwati Datuk Hajah Sarimah Kekal Cantik Di Usia 78
Walau Al-Quran Dah Terkoyak, EZZATY ABDULLAH Tetap Selesa Mengaji Di Samping Anak!
Besar dugaan bila sudah bergelar seorang ibu. Hendak pergi ke mana saja pun mesti hendak bawa si kecil. Pendek kata, bawa masuk ke tandas pun sanggup asalkan keselamatan anak terjaga.
Mengintai kehidupan aktres comel, Ezzaty Abdullah yang menjadi ibu pada Disember tahun lalu nyata tak ubah seperti rutin harian ibu-ibu lain. Selain sibuk dengan kerjaya dan perniagaan yang diusahakan, isteri kepada Azwan Kombos ini tidak lupa menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Meskipun mengalami pelbagai pengalaman pahit antaranya terpaksa dibedah kerana menghidap Breast Abcess atau bengkak susu sewaktu awal kelahiran Harum Dalia.. namun Ezzaty tabah meniti perjalanan ‘indah’ ini di samping keluarga tersayang.
Terbaru, sebuah video yang dimuat naik Ezzaty bersama anaknya ketika sedang mengaji Al-Quran mencuri tumpuan pengikutnya di Instagram. Lengkap bertelekung dan memegang Al-Quran, amalan bintang KL Gangster Underworld ini yang cuba menyesuaikan Harum Dalia dengan bacaan ayat-ayat suci sememangnya wajar dijadikan ikutan.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
“Dulu masa ibu mengaji, Harum duduk diam je. Sekarang sibuk nak belek juga Al-Quran sampai koyak dah Al-Quran ibu. Harap besar sikit lagi nanti sibuk nak mengaji sekali ye baby ibu.”
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Ezzaty amalkan rutin tersebut bahkan dia sudah mula memperdengar ayat suci ini kepada Harum sejak anak sulungnya itu baru berusia lima bulan.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
Mengakui masih lemah dalam penguasaan tajwid dan sebagainya, namun rata-rata netizen yang menonton video Ezzaty mengaji Al-Quran menzahirkan rasa kagum dan sedia memberi suntikan semangat buatnya agar terus kekal ‘rapat’ dengan kitab suci ini.
Ezzaty dan Azwan Kombos sah bergelar isteri pada 16 Julai 2016. Hasil perkongsian hidup selama hampir dua tahun, pasangan selebriti ini dikurniakan seorang anak perempuan comel yang diberi nama Harum Dalia.
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah