Orang yang disenangi lazimnya dikenali melalui tahap kebersihan dirinya. Selepas itu barulah cara percakapan dan pemikirannya yang membuatkan seseorang selesa untuk didampingi.

IKLAN

Terdapat 4 hal penting yang mesti dititikberatkan oleh setiap wanita pada tubuh badannya.

Kebersihan Mulut

Jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Sebab, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan. Bau mulut juga boleh membuat seseorang menjadi tidak percaya diri dan menghalang dirinya untuk bergaul.

Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut dialami oleh wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan. Lokasi dimana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau.

Namun jangan merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bau mulut boleh dielakkan dengan cara memilih makanan yang membantu mengurangkan bau mulut.

  • Kunyah epal atau lobak setiap hari akan membuat nafas anda menjadi lebih segar dan harum.
  • Minum teh hijau baik teh atau yang bercampur dengan bahan lain akan membantu. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.
  • Keju mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bakteria penyebab plak gigi bahkan penyakit gusi.
  • Penggunaan air putih adalah cari terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur tiap membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas setiap hari.

Mulakan jaga kesihatan mulut anda. Gosok gigi salah satu daripadanya. Hal remeh namun penting ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan. Tetap sihat, tetap positif.

Hindari Mata Penat

Lingkaran hitam di bahagian mata setelah penat bekerja membuat penampilan tidak maksima di malam hari. Cara yang praktikal ialah tekap mata dengan uncang teh yang sudah disejukkan selama kurang lebih 15 minit sebelum menyolekkan kembali mata.

IKLAN

Tip: Apabila anda memiliki waktu memilih teh celup, pilih yang mengandung chamomile agar kulit sekitar mata lebih segar dan terlihat sihat.

Bibir Berry Menggoda

Pancarkan daya tarikan sensual dengan warna bibir menyerupai warna berry. Dijamin penampilan anda bakal mencuri perhatian.

IKLAN

Tip: Sebelum menukar warna gincu untuk makan malam, pastikan kondisi bibir benar-benar bersih dan kelembapannya terpelihara. Jangan lupa gunakan lipbalm untuk mengelakkan bibir daripada pecah-pecah dan kering.

Aroma Memikat

Pilih pewangi yang memiliki aroma segar sekali gus memberi kesan feminin seperti aroma bunga mawar. Selain serasi untuk menemani suasana majlis malam hari juga sesuai untuk disemburkan di waktu siang hari kerana baunya yang tidak terlalu menyengat.

Tip: Gunakan pewangi sekadar perlu dengan menyemburkan sedikit di bahagian belahan dada, belakang telinga dan pergelangan tangan. Dan diulang sembur ketika mahu ke majlis makan malam pula. Agar lebih praktikal, pilih pewangi yang berukuran kecil dan mudah untuk dibawa. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI