• 501
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    501
    Shares

Seperti kita sedia tahu pelakon dan juga pengacara ini telah sekian lama menghasilkan koleksi tudung sebagai salah satu cabang perniagaannya. Namun begitu dia tidak pernah mengadakan majlis khas dalam memperkenalkan rekaannya sehinggalah kelmarin dia mengambil keputusan untuk menyambut ulangtahun kedua jenama ini sekaligus melancarkan koleksi terbaru Cakenis Lily Cake.

Sebenarnya ada cerita di sebalik penghasilan tudung Cakenis ini. Pada permulaan berhijab semua tudung-tudung hanis dihasilkan sendiri menggunakan jenis sifon kegemarannya.  Ketika itu hairul yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil tudung-tudung Hanis dari tukang jahit. Dari situ, Hairul mencadangkan kepada Hanis agar menghasilkan rekaan ini dalam kuantiti yang lebih banyak agar boleh dibeli oleh peminat-peminat setia yang selalu bertanya tentang tudung yang digayakan Hanis. Dari permulaan itu sehingga kini Cakenis telah dihasilkan dalam 14 koleksi secara keseluruhan.

Hanis bersama rakan selebriti yang hadir memberi sokongan.

Akhirnya setelah dua tahun, jenama ini telah mengadakan pameran fesyen secara rasmi dan semestinya dengan koleksi terbaru yang dikenali dengan nama Lilycake. Koleksi tudung bercetak flora ini diinspirasikan dari bunga tangan perkahwinan Hanis iaitu bunga Calla Lily. Menariknya rekaan ini direka sendiri oleh Hanis dan direalisasikan oleh pereka dalaman jenama ini. Hadir dalam warna-warna menarik seperti jingga, kelabu, merah jambu dan putih semestinya koleksi terbaru ini sesuai buat wanita berhijab yang suka satil yang eksklusif dan ceria.

 

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: