Bagi anda yang sedang dalam misi mengurangkan berat badan ada baiknya mengamalkan enam jenis makanan ini.

Senarai makanan ini membantu membakar kalori dan lemak lebih cepat. Hasilnya anda akan lebih cepat kurus.

Epal
Kaya dengan antioksidan dan juga pekctin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

Cili
Unsur capsaicin yang ada di dalam cili termasuk cili hijau bantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

Salmon
Lemak Omega-3 bentuk DHA  (Docosahexaenoic acid) berupaya menurunkan berat badan, selain meningkatkan kesihatan otak.  Asid amino pada ikan ini juga membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.

Bawang putih
Allicin yang terdapat dalam bawang putih bukan saja sebagai antibakteria tapi juga mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam tubuh.

Teh Hijau
Keberkesanan teh ini untuk menurunkan berat badan memang sudah diperakui, Ia mengandungi antioksidan membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan lebih cepat minum dua cawan teh hijau sehari.

Coklat gelap
Mengandungi flavonoids yang berguna untuk mengurangkan kolesterol dan membakar lemak degil.