Oh no, gastro drama! Perut meragam dan sembelit, bagaimanakah cara meredakannya? Memetik kata-kata gastroenterologist di Massachusetts General Hospital, Amerika Syarikat, Kyle Staller MD, "Hormon estrogen dan progesteron mungkin membuatkan sistem penghadaman wanita bergerak lebih perlahan."

Salah satu cara terbaik untuk melancarkannya adalah dengan menikmati buah-buahan. Selain tinggi serat, ia juga menyimpan rahsia kesihatan tersendiri melalui warna-warnanya yang pelbagai. Jom semak fakta di bawah!

Hijau

Sayur-sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau mengandungi sulforaphane, isothiocyanate dan indole. Ia berfungsi untuk merangsang paras komponen yang menyebabkan kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, semakin banyak klorofil yang terkandung di dalamnya dan semakin besar pula kebaikannya untuk perlindungan antioksidan.

Contoh: Brokoli, selada, bayam, bok choy dan teh hijau. Menurut kajian, teh dapat memberi dorongan pada metabolisme tubuh kerana mengandung polifenol dan kafein yang merangsang proses pembakaran lemak pada nilai kawalan yang berbeza.

Merah

Sayuran dan buah-buahan yang berwarna merah mengandung banyak pigmen berguna untuk melawan penyakit. Likopen iaitu zat yang berperanan menjaga kesihatan sel pula mampu mengurangi risiko kanser.

Contoh: Tomato, strawberi, epal, kranberi, ceri, anggur merah dan paprika merah.

Jingga

Ubi jalar, oren, aprikot dan betik adalah sebahagian daripada contoh sayuran dan buah-buahan yang berwarna jingga. Setiap hidangan dari sayuran dan buah-buahan ini membekalkan beta karoten dan alpha karoten yang dapat menyihatkan tubuh.

Kuning

Warna kuning pada sayuran dan buah-buahan menandakan kandungan vitamin C yang cukup banyak. Vitamin C amat diperlukan dalam tubuh untuk melindungi sel, mengandungi potasium yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangi pembentukan plak di arteri.

Perang

Membantu membuang racun penyebab penyakit dalam tubuh.

Contoh: Roti, biji-bijian, bijirin, granola dan kacang. Biji-bijian mengandungi banyak vitamin B yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori menjadi tenaga.

Biru & Ungu

Contoh sayuran dan buah-buahan yang berwarna biru dan ungu ialah terung, kismis dan anggur. Kandungan magnesium pada anggur dan kismis sangat diperlukan untuk pergerakan usus yang baik. Kulit anggur juga merupakan bahan laksatif yang baik. Ia mengandungi air yang cukup tinggi sehingga dapat menambah cairan yang diperlukan tubuh.

Terung pula dapat menurunkan kadar kolesterol dan asam hempedu di dalam usus dan menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandung pektin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.