Amboi, Bukan Main Lagi Semua Artis Ni Melaram Baju Raya SEDONDON!

Amboi, Bukan Main Lagi Semua Artis Ni Melaram Baju Raya SEDONDON!

Sambutan Aidilfitri bukan sahaja dimeriahkan dengan hidangan yang menyelerakan dan kuih-kuih raya yang cantik dan unik. Tapi hari raya juga turut menjadi medan ‘perang’ fesyen untuk artis kita melaram baju raya masing-masing. Kebiasaannya, artis yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan mengenakan pakaian hari raya yang sedondon. Peminat juga akan ternanti-nanti warna apa yang menjadi kegemaran artis kesayangan mereka untuk bergaya di hari raya.

Sejak hari pertama Aidilfitri sehingga raya ke- 6 ni dapat dilihat pelbagai jenis rekaan dan warna baju raya yang dikongsi artis di laman instagram untutk tatapan peminat masing-masing. Macam-macam warna ada termasuk merah, biru dan hijau. Cuba tengok ni!

 

ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

 

DATIN FOUZIAH GOUS DAN SUAMI

 

ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AYOB

 

SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM 

 

FATTAH AMIN DAN FAZURA

 

UDE WAHID DAN IZREEN AZMINDA

 

CHE PUAN JULIANA EVANS DAN SUAMI

 

NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI

 

IZZARA AISHAH DAN ADIB KHALID

 

SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH

 

Anggun BERKEBAYA Di Hari Raya.. Nampak Manis Je Dipandang!

Anggun BERKEBAYA Di Hari Raya.. Nampak Manis Je Dipandang!

Selain baju kurung, kebaya juga antara busana tradisi yang menjadi kegemaran para gadis hingga ke hari ini. Rekaan baju kebaya yang lebih mengikut bentuk tubuh dan dihias cantik dengan kerongsang menjadi salah satu faktor tarikan untuk menggayakannya pada Syawal kelima hari ini!

1. Tentu saja pilihan berkebaya ini dapat anda sesuaikan dengan anggaran bajet yang ada, sama ada mendapatkan perkea terkenal untuk menjahitnya, atau jahitan dari anda sendiri mahupun mencari penjahit kebaya yang sesuai dengan bajet anda, atau yang lebih hemat lagi adalah menyewa kebaya dari butik pengantin yang memiliki bermacam koleksi kebaya contohnya kebaya moden. Asalkan sesuai dengan suasana majlis yang ingin dihadiri.

Jangan pula hanya untuk ke majlis keraian biasa, anda melaram dengan kebaya penuh manik dan berkilauan!

2. Anda tidak memerlukan kebaya dengan corak keterlaluan. Kebaya nyonya misalnya sudah cantik dan dilampirkan dalam kesederhanaan kerana sulamannya sudah cukup membuatkan penampilan anda nampak menarik.

3. Anda seorang perempuan yang feminin maka anda boleh memilih model kebaya yang trendy namun tetap berpegang pada gaya ringkas dan sederhana. Seperti fesyen kebaya off shoulder yang masih digemari tapi jangan anda gayakan sekiranya anda memiliki tubuh yang terlalu kurus.

4. Bagi anda yang berdada kecil, maka corak atau rekaan yang sarat perlu memenuhi ruang dada untuk memberi ilusi dada yang lebih cantik.

5. Rekaan kebaya labuh sesuai untuk anda yang memiliki pinggul besar. Ini membolehkan jatuhan kain menutupi bahagian pinggul. Pastikan baju kebaya anda tidak terlalu ketat kerana menyukarkan anda berjalan.

6. Atau anda ingin mencuba rekaan kebaya shanghai kerana boleh menutupi kekurangan bagi anda yang bertubuh kurus apalagi jika anda menambahkan perincian dan pelit. Perincian pada rekaan kebaya itu dapat menciptakan ilusi sehingga tubuh anda akan kelihatan lebih besar.

7. Kebaya tradisional membuatkan penampilan anda lebih klasik dan ayu. Pilihan corak bersesuaian boleh digayakan mengikut suasana majlis yang akan anda hadiri. Bagi fabrik polos, perincian manik boleh memberikan seri pada si pemakai.

8. Kebaya seringkali berkait rapat dengan bentuk badan. Untuk kebaya nyonya atau kebaya tradisional, lebih cantik sekirnya mengikut bentuk tubuh badan. Penggunaan korset apabila hendak menggayakan baju kebaya sangat penting untuk menutup lemak-lemak berlebihan.

9. Bagi anda yang bertubuh rendah dan kurus, sebaiknya memilih rekaan corak terbuka pada bahagian dada contohnya dengan rekaan leher berbentuk V. Potongannya perlu pada paras pinggang atau peha. Kebaya labuh tidak sesuai untuk anda.

10. Potongan leher tertutup seperti shanghai, turtleneck atau stand collar sesuai untuk anda yang bertubuh tinggi dan kurus. Variasaikan dengan model lengan lonceng, kerut, atau pendek.

11. Wanita bertubuh tinggi dan berisi lebih cantik menggayakan kebaya labuh. Lengan berbentuk menyempit atau lebar pada hujungnya boleh diaplikasikan. Jangan memilih kebaya berkerut pada bahagian perut dan jauhi kebaya pendek!

12. Wanita dengan bentuk bentuk tubuh pendek dan berisi boleh mengaplikasikan gaya seperti wanita bertubuh tinggi dan berisi. Lengan menyempit atau lebar pada bahagian bawah sangat sesuai. Untuk menyembunyikan lemak berlebihan, buat potongan kebaya yang menutup pinggul.

13. Pilihlah bahan, rekaan, dan warna yang sesuai dengan postur tubuh juga warna kulit. Jangan takut juga untuk mengenakan warna-warna yang lebih cerah, seperti putih gading, kuning keemasan, perak, dan lainnya bagi anda yang tidak suka warna-warna menjolok mata.

14. Kebaya boleh digayakan baik dalam majlis formal atau tidak formal. Bijak memilih corak dan perincian manik akan membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah.

 

Jangan Ambil Risiko Fesyen Pakaian BERMOTIF! Ini Panduan Pilih Baju Bercorak, Baru Sedap Mata Memandang

Jangan Ambil Risiko Fesyen Pakaian BERMOTIF! Ini Panduan Pilih Baju Bercorak, Baru Sedap Mata Memandang

Pakaian bermotif tentunya menyerlahkan personaliti anda. Selain itu, ia memberi gaya yang lebih menyeronokkan buat penampilan anda. Menyuai padan helaian yang bercorak dan tekstur yang berlainan adalah satu perkara yang menyeronokkan di dalam dunia fesyen sebenarnya tetapi ianya sedikit berisiko jika kita tersalah menyuai padankannya. Nona kongsikan cara untuk suai padan helaian bercorak dalam berfesyen jika anda sudah bersedia untuk memperagakannya.

GUNAKAN HANYA SATU RONA YANG SEANGKATAN

Untuk berfesyen dengan helaian bercorak, anda harus memastikan yang ianya berona yang sama atau berkaitan. Kontra dalam berfesyen adalah sesuatu yang unik tetapi pastikan ianya kekal sebati bersama apabila disuai padan, jadi ia tidak akan tampak janggal di mata khalayak ramai.

SEIMBANGKAN DENGAN RONA SOLID

Apabila anda ingin mengenakan helaian yang bercorak, ia penting untuk tidak menggunakan kesemua helaian dengan corak yang berbeza. Berikan sedikit helaian bercorak solid atau rona plain.Terlalu banyak corak dalam satu outfit sebenarnya tampak lebih sarat dan melebih-lebih.

 

PILIH CORAK YANG TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN 

Sebagai contoh, corak bungaan dan kotak-kotak amat tidak suai untuk dipadankan bersama dalam satu persalinan. Cuba gunakan corak yang kecil dan satu lagi helaian dengan corak yang lebih understated agar ia serasi antara satu sama lain. Ia sebenarnya idea yang baik dalam menggayakan helaian dengan dua corak berbeza dalam fesyen tetapi asalkan ia masih dalam rona keluarga yang sama.

PILIH HELAIAN BERCORAK LEMBUT ATAU HALUS

Kadang kala memilih corak yang lembut dalam fesyen adalah idea yang bagus. Skarf rambut bercorak flora berganding dengan baju solid dan skirt dengan corak polka dot bersaiz kecil padanan yang sangat baik dalam berfesyen dengan helaian bercorak.

Tak Apa, Belum Puas MELARAM Di Hari Raya Sambung Pula Ke Rumah Terbuka. Baca Tip Ni Supaya Tak Nampak ‘Awkward’

Tak Apa, Belum Puas MELARAM Di Hari Raya Sambung Pula Ke Rumah Terbuka. Baca Tip Ni Supaya Tak Nampak ‘Awkward’

Sempena bulan syawal yang mulia dan diraikan selama sebulan, pastinya jemputan ke rumah terbuka sukar untuk dielakkan. Namun, sewaktu menghadiri rumah terbuka, etika berpakaian harus dititikberatkan agar anda terlihat cantik dan sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip berpakaian ke ruman terbuka buat anda supaya penampilan anda lebih praktikal dan relevan.

PAKAIAN SOPAN/TIDAK SEKSI

Anda dinasihatkan agar memakai pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Sekiranya busana anda diperbuat daripada fabrik sifon, pakailah inner supaya tampil lebih sopan dan sempurna. Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali untuk menghadiri rumah terbuka. Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan terutama di bahagian dada dan kaki. Antara pakaian yang boleh disarungkan untuk ke rumah terbuka adalah kurung moden, kebaya, jubah dan lain-lain lagi.

SELESA

Pilih pakaian yang selesa yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas. Contoh fabrik yang dimaksudkan adalah fabrik jenis cotton, sifon, como crepe, satin dan banyak lagi. Sekiranya majlis diadfakan di ruang terbuka,Fabrik jenis ini memastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang majlis berlangsung.

 

PRAKTIKAL

Pastikan pakaian yang bakal anda sarungkan cukup relevan dan praktikan. Selain selesa, pakaian yang praktikl juga amat penting ketika menghadiri rumah terbuka. Jangan memakai pakaian yang terlalu sendat sehingga menyukarkan anda untuk bernafas. Selaian itu, jangan memakai pakaian yang meleret dan sarat dengan perincian manik. Pakaian seperti ini membataskan pergerakan anda dan khuatir penampilan anda kelihatan seperti pengantin

KASUT

Pilih kasut yang tidak terlalu tinggi agar memudahkan pergerakan anda. Sekiranya anda tidak biasan mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih kasut jenis  pump shoes. Kasut jenis ini memberikan keselesaan maksima buat anda dan memudahkan pergerakan. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan anda.

 

BEG TANGAN

Sebaiknya, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan keperluan penting anda seperti telefon bimbit, kunci rumah dan kereta, beg dompet dan lain-lain lagi. Anda dilarang membawa beg tangan yang terlalu besar kerana menyukarkan anda semasa menjamu selera. Selain itu, Padankan beg tangan anda dengan busana pilihan anda agar tampil bergaya dan sempurna

Jangan DERA Tubuh Badan Anda! Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Sesuai

Jangan DERA Tubuh Badan Anda! Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Sesuai

Setiap wanita pasti mempunyai seluar jeans sebagai koleksi peribadai. Namun adakah anda tahu potongan atau jenis jeans paling tepat buat bentuk tubuh anda? Memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan amat penting agar anda terlihat lebih menawan. Jom Nona kongsikan beberapa tip terbaik untuk memilih jeans paling sesuai dengan bentuk tubuh anda!

  1. LOW-RISE JEANS

Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi anda berbadan berisi boleh menampakkan perut anda  menggeleber seperti mufin. Jadi, anda harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.

  1. ULTRA LOW-RISE JEANS

Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul anda. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika anda pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk andaagar tidak kelihatan seluar dalam anda.

  1. BOOT-CUT JEANS

Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi anda  ilusi lebih tinggi.

  1. STONEWASHED JEANS

Warna purda pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada anda. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jenas yang sedang hangat diperkatakan.

  1. DARK JEANS

Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.

  1. STRAIGHT JEANS

Potongan lurus jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Boleh mengecilkan pinggul dan memberi keseimbangan kepada potongan kaki anda. Pastinya sangat menarik dengan padanan kasut bertumit rata! Bentuk AV seam pada bahagian belakang jeans juga memberi kesan kurus.

  1. DISTRESSED JEANS

Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.

  1. CROPPED JEANS

Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana anda akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.

  1. SKINNY JEANS

Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Anda pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk anda yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!

Wow, Uniknya Fesyen Raya KRIS DAYANTI! Lain Dari Yang Lain

Wow, Uniknya Fesyen Raya KRIS DAYANTI! Lain Dari Yang Lain

Hari Raya sememangnya bulan kemaafan yang paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam selepas berakhirnya Ramadan. Selain mengeratkan silaturrahim sesama insan dan berpeluang bertemu ahli keluarga dan sanak-saudara yang lama tak jumpa.. lebaran juga menjadi ‘pentas fesyen’ yang cukup besar. Iyalah, macam-macam rekaan baju raya digayakan. Ada yang sedondon dan ada juga sebaliknya. Memang penuh warna-warni!

Seperti kelaziman, spot light fesyen hari Raya akan tertumpu kepada golongan selebriti. Dan ternyata, pilihan busana Aidilfitri penyanyi popular dari Indonesia ini sangat mencuri perhatian. Tampil sedondon dalam persalinan rona biru lembut, gaya raya Kris Dayanti di samping suami tercinta, Raul Lemos dan anak-anak mereka, Amora serta Kellen sememangnya begitu unik.

 

Turut kelihatan dalam foto raya Kris Dayanti adalah kelibat anak tirinya, Dillah dan Athalia. Menyambut 1 Syawal bersama-sama, khabarnya baju raya Kris, Athalia dan Amora mengenakan Royal Kaftan ilham Amy Atmanto.

Apa yang istimewanya, kaftan yang dipakai ketiga-tiga mereka turut diperincikan dengan motif bunga-bungaan berwarna biru, putih dan merah jambu yang diletakkan di atas kepala atau dijadikan seperti hoodie. Unik, kan?

Kongsi Kris di Instagramnya, “Tahun ini alhamdulillah kami berkesempatan berkumpul lebaran bersama papa di Bali, walaupun papa sudah sepuh dan gemetar berdiri mengikuti imam masjid tetapi masih semangat menyelesaikan solat. InshaAllah bertemu kembali Idul Fitri tahun depan papa.”

 

Sumber: Instagram Kris Dayanti & Raul Lemos

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: