Kejayaan seseorang insan bergantung bagaimana dia membawa haluan diri. Andai molek perjalanan maka eloklah hasilnya, jika pincang perjalanan maka gelap gelitalah masa depan. Seperti yang dilalui oleh cef selebriti, Cef Adu Amran kisahnya dalam dunia kulinari bermula dari bawah dan tahun demi tahun dia mengumpul pengalaman lantas menjadikan beliau antara cef yang kini menjadi perhatian dan kerap muncul di kaca televisyen.

IKLAN

Cipta Resepi INSPIRASI Air Tangan Orang Tersayang. Keluarga Jadi TIANG Seri Kejayaan CEF ADU AMRAN.

Ketika pertemuan di restoran The Canteen By Chef Adu yang terletak di Muzium Tekstil Negara sempena pelancaran buku resipi terbarunya, dia menyatakan bahawa keluarga adalah sumber inspirasi utama dalam dunianya yang sentiasa sibuk berkarya dengan makanan. Maka dengan itu terlahirlah buku ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah’ yang berkonsep buku resipi semi-autobiografi menampilkan perjalanan hidup beliau dan juga resipi turun temurun air tangan keluarganya.

IKLAN
IKLAN
Cipta Resepi INSPIRASI Air Tangan Orang Tersayang. Keluarga Jadi TIANG Seri Kejayaan CEF ADU AMRAN.
Che Adu Bersama Ibu dan Ayah Tercinta

Menurut Chef Adu, antara insan yang paling berjasa di dalam kehidupannya adalah ibunya iaitu Maimon Alias yang selalu percaya dengan kebolehan dirinya dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa sahaja perkara yang beliau ingin ceburi. Penulisan dalam buku ini digarap dengan baik dan ia penuh dengan nostalgia lalu yang membuatkan hati penulis sendiri tersenyum.. Betulah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI