DATIN NORAZLINA REDZUAN TERBANG MENEROKA DUNIA

Bahang matahari yang terik tidak menghalang bekas pembaca berita TV3, Datin Nor Azlina Redzuan, komited di set fotografi muka depan majalah Nona untuk keluaran bertema percutian ini. Biarpun kesihatannya sedikit terganggu selepas kembali dari percutian di luar negara, suri hati ahli perniagaan, Datuk Yusof Annuar Yaacob ini rancak bergaya di depan lensa kamera. Dek hembusan angin bertiup tatkala di atas bot yang di sediakan khas, personaliti kecil molek ini meliuk lentuk menggayakan gaun rekaan Calvin Thoo dan anggun dirias Nurul Shukor memberikan gaya terbaik berlatarbelakangkan suasana Putrajaya, lambang ke megahan Malaysia.

Selepas mula memperlahankan karier yang mula memperkenalkannya di mata umum, Alin kini mempunyai hobi baru iaitu mengisi masa terluang bercuti ke luar negara. “Terbaru, saya bercuti ke Eropah selama dua minggu dengan seorang kawan perempuan dan seterusnya ke Sri Lanka mengikut suami. Kalau ditanya lokasi percutian paling menarik, barangkali mungkin tempat terbaik untuk orang lain tetapi bukan untuk saya. Saya suka melihat apa yang cantik dan saya memilih ke negara yang ada kebudayaan seperti India, ketika membuat tugasan dulu.

“Namun masih terlekat di ingatan ketika saya ke negara-negara Eropah Timur yang kaya dengan nilai kebudayaan dan bangunan lama yang unik. Selepas itu ke London ketika sambutan Krismas dan New York pada Januari ini walau pun sebenarnya saya takut menaiki kapal terbang.” Katanya sambil melayangkan senyuman manis.

Aktiviti Terbaru
Mesra membahasakan dirinya Alin, dia merungkai kekusutan pertanyaan banyak pihak yang mempertikaikan pengunduran dari dunia penyiaran. “Saya sudah sampai ke satu tahap tidak akan ke mana-mana memandangkan semua kerja-kerja produksi pernah saya buat. Kini saya harus buat perkara lain yang mendatangkan kepentingan pada diri sendiri atau keluarga seperti menitikberatkan kesihatan. Lagi pun sebelum ini kami berdua sibuk bekerja. Biarlah salah seorang dari kami tinggal di rumah sahaja.”

Kerjayanya dulu menuntut komitmen tinggi hingga ada masanya sering pulang selewat jam lima pagi. Kini rutin hidupnya berubah apabila mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada rumahtangga yang dibina sejak 22 Ogos 2008. “Saya kini mempunyai banyak masa memasak dan melakukan yoga. Ini pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga serta orang lain. Cukup-cukuplah dengan kerja production. Ini tidak bermaksud saya mahu bersara sepenuhnya kerana saya masih boleh mengacara separuh masa.”

Impiannya kini ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Awal-awal lagi dia menyatakan tidak berminat pada perniagaan kecantikan dan fesyen kerana itu bukan dirinya. “Mungkin sesuatu yang berkaitan kafe atau dalaman kerana saya bukan semakin muda. Ini bukan masanya saya mengejar cita-cita tetapi kegembiraan.”

Tahun 2011 lebih gemilang
Mesra membahasakan dirinya Alin, dia merungkai kekusutan pertanyaan banyak pihak yang mempertikaikan pengunduran dari dunia penyiaran. “Saya sudah sampai ke satu tahap tidak akan ke mana-mana memandangkan semua kerja-kerja produksi pernah saya buat. Kini saya harus buat perkara lain yang mendatangkan kepentingan pada diri sendiri atau keluarga seperti menitikberatkan kesihatan. Lagi pun sebelum ini kami berdua sibuk bekerja. Biarlah salah seorang dari kami tinggal di rumah sahaja.”

Idam zuriat sendiri
Sembang petang tetap disela dengan soalan sedikit berbaur peribadi mengenai perancangan menimang cahayamata sendiri. “Tentang anak saya dan suami masih berusaha. Saya mahu melalui kehidupan dengan penuh kegembiraan dan tak perlu tertekan kerana desakan untuk mengandung. “Paling utama kami sudah ikhtiar dan berusaha tapi tak perlu sedih dan berputus asa jika niat belum dimakbulkan Tuhan. Lagi pun keluarga saya dan suami tak kisah selagi mereka tahu kami mencuba. Kami berkahwin di usia lewat dan masing-masing lebih understanding dan matang dalam keputusan hidup kerana life is simple.”

 

 


''Keep up a GREAT JOB!!..u r more then g00d..keep up to date news and great pictures!!'',
Rizz

''katakan nona tak sebesar dan seberat sekarang senang nak dibawa kot boleh jd besar mastika best juga'',
zarina azman

''Askum ,bgmana ingin hanta rencana ttg bisnes tudung online? .Bisnes b'operasi di Fbook Qaira Hijab. '',
ainil hawa


Kami mengalu-alukan pendapat dan cadangan anda.