Telah banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa kualiti dan durasi tidur seseorang mempengaruhi kesihatan. Contohnya, kurang tidur dipercayai boleh menjadi punca kepada obesiti atau penyakit kronik. Walaupun tidur satu keperluan penting tetapi ramai yang melakukan kesilapan tanpa sedar khususnya pada waktu malam. Semak 5 tabiat buruk ini yang mungkin sering anda lakukan.

IKLAN

MEMBALAS ‘HUTANG’ TIDUR

Salah besar kalau anda sengaja tidur lewat atau berjaga sepanjang malam lalu ‘membalas dendam’ atau ganti tidur sepanjang hari terutama ketika waktu cuti. Sebenarnya masalah kurang tidur tetap tidak dapat diselesaikan dengan cara ini kerana ia akan menjejaskan jadual tidur seterusnya mempengaruhi kesihatan anda.

TIDUR SAMBIL MEMBUKA TELEVISYEN

Memang susah hendak tidur kalau televisyen masih dinyalakan ataupun mendengar muzik. Kajian menunjukkan apabila anda meneruskan tabiat tersebut boleh menyebabkan gangguan tidur yang lebih parah. Tabiat ini juga akan merosakkan jadual tidur kerana kemungkinan besar anda akan terjaga di tengah malam.

Dah Tahu Salah Tapi Tetap Buat, Ini 6 Tabiat TIDUR Yang Sering Anda Lakukan Tanpa Sedar!

BERGANTUNG KEPADA UBAT TIDUR

Jika selama ini anda sering bergantung kepada ubat untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik, cara ini sebenarnya salah. Tabiat tidur seperti ini boleh menjadikan kitaran tidur anda tidak sihat. Biasakan diri untuk tidur secara semula jadi tanpa bantuan ubat ubatan.

IKLAN

MENGUNCI JAM LEBIH AWAL

Mungkin anda selalu mengunci jam agar tidak lewat bangun keesokan harinya. Tetapi sering juga menekan snooze untuk tidur semula dalam beberapa minit. Tabiat ini sebenarnya menjadikan kualiti tidur anda lebih buruk. Ia juga menyebabkan anda mengalami pening-pening atau sakit kepala ketika bangun.

Dah Tahu Salah Tapi Tetap Buat, Ini 6 Tabiat TIDUR Yang Sering Anda Lakukan Tanpa Sedar!

IKLAN

MINUM KOPI WAKTU SIANG

Niat anda mungkin sekadar hendak menghilangkan rasa mengantuk pada waktu siang. Tetapi sebenarnya tabiat ini boleh mengganggu jadual tidur anda di malam hari kerana anda mungkin tidak dapat melelapkan mata pada waktu yang sepatutnya anda tidur kesan daripada kopi yang diminum.

TAK MAHU TIDUR TAPI BERADA DI BILIK TIDUR

Jika masih belum mengantuk dan tidak mahu tidur sebaiknya lakukan hal-hal lain di luar bilik tidur. Berada di bilik tidur dalam keadaan anda masih belum mengantuk boleh membuatkan anda terganggu dan tertekan. Anda akan semakin susah tidur. Lakukan hal lain dulu sehingga anda rasa mengantuk.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI