Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Ini adalah pepatah yang boleh kita samakan dengan nasib enam insan biasa yang akhirnya berubah menjadi orang penting dalam sesebuah negara. Jom kita kenali mereka dengan lebih dekat.

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

IKLAN

GRACE KELLY, PRINCESS OF MONACO

Semua orang tahu kisah puteri bak cerita dongeng ini dan bagaimana ia berakhir dengan tragis. Grace Kelly adalah bintang emas Hollywood dan salah satu selebriti cantik yang paling ikonik sehingga kini. Bertemu Prince Rainier III ketika penggambaran foto dan dari situ kehidupan wanita angun ini berubah. Kedua-dua mereka berkahwin pada tahun 1956 dan mempunyai tiga orang anak sebelum meninggal dalam kemalangan kereta tragis pada tahun 1982. Anak lelakinya Albert II merupakan Prince of Monaco kini.

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

RANIA, QUEEN OF JORDAN

Wanita berkerjaya ini memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo, dan kemudian bekerja di Citibank dan Apple sebelum bertemu Putera Abdullah II. Kedua-dua mereka berkahwin hanya lima bulan selepas bertemu, dan sejak itu Rania aktif menjadi duta untuk banyak  pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai slaah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri. Dek gaya fesyennya yang menarik beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

LETIZIA, QUEEN OF SPAIN

Letizia adalah wartawan penyiaran dan merupakan seorang janda apabila dia menangkap mata Putera Mahkota Felipe, yang melihatnya di kaca televisyen lantas meminta ketua di lokasi bekerja Letizia memperkenalkan mereka. Kedua-dua mereka bercinta secara rahsia sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2003, dan telah berkahwin di Madrid pada tahun 2004. Selepas ayahandanya turun takhta, Felipe menjadi raja dan Letizia secara automatik menjadi permaisuri.

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

IKLAN

MASAKO, CROWN PRINCESS OF JAPAN

Masako adalah seorang graduan dari Univeristi Harvard dan merupakan anak seorang diplomat ketika dia bertemu dengan Putera Mahkota Jepun pada majlis minum teh. Kehidupan kedua pasangan bercinta ini banyak disensasikan oleh pihak pada  sekitar akhir tahun 80-an. Pada mulanya dia enggan berkahwin dengan putera mahkota kerana ia bermakna kariernya akan tamat. Akhirnya setelah melihat kesungguhan putera mahkota, dia menerima lamaran ketiga pada tahun 1992 dan kedua-duanya berkahwin pada 1993. (Jika suaminya naik takhta nanti, dia akan menjadi permaisuri.)

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

IKLAN

PRINCE DANIEL, DUKE OF VASTERGOTLAND

Pasti  anda selalu mendengar cerita mengenai gadis-gadis biasa yang menjadi puteri, tetapi ia juga berlaku pada lelaki! Putera Daniel atau nama asalnya Daniel Wesling merupakan jurulatih peribadi Puteri Mahkota Victoria dari Sweden sebelum menjadi suaminya pada tahun 2010. Sebelum berkahwin dia memiliki tiga gimnasium di Stockholm.

Dari Berstatus Orang Kebanyakan. Kisah Cinta Membawa Mereka Masuk Bertakhta Di Dalam Istana

MARY DONALSON, CROWN PRINCESS OF DENMARK

Seperti mana-mana gadis biasa, Mary bertemu dengan bakal suaminya, Putera Frederik dari Denmark secara kasual di sebuah bar di Sydney. Dia yang ketika itu merupakan seorang eksekutif pemasaran, dan Putera Frederik hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’ sahaja berbanding memperkenalkan diri sebagai seorang putera raja. Mary terpaksa belajar bahasa Belanda sebelum berlansungnya majlis perkahwinan diraja pada tahun 2004. Walaupun kini dia bergelar kerabat diraja tetapi masih sangat merendah diri dan pernah dilihat keluar membuang sampah sendiri!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI