Tekad untuk mendapatkan rupa paras baru selepas melalui episod kanser payudara yang memeritkan, kisah wanita Texas bernama Claudia Sierra, 42, ini sesungguhnya cukup dramatik.

IKLAN

Meskipun telah disahkan bebas kanser, namun kesakitan menghidap penyakit pembunuh wanita itu masih lagi tersisa.

Gara-gara sudah lali dengan tusukan jarum serta pisau pembedahan, dia mengambil keputusan drastik untuk mengubah rupa parasnya bagi melupakan masalah emosi yang dihadapi.

Demi Melania Trump, Bekas Pesakit Kanser Payudara Ini Sanggup Bayar $50,000 Untuk PEMBEDAHAN PLASTIK!
Foto: Evonews

Kata Claudia, dia selalu dibuli kerana rupa yang kurang menarik sejak muda. Peristiwa paling menyakitkan hati, adalah selepas bekas teman lelakinya tergamak meminta lesen memandu kerana dia kelihatan terlalu ‘tua’ daripada usia sebenar. Claudia berusia 41 tahun ketika itu.

Berbekalkan kos sebanyak $50,000, akhirnya Claudia melakukan transformasi drastik melibatkan 8 sesi pembedahan tummy tuck, rhinoplasty, liposuction, ab sculpt, Brazilian Butt Lift, pembesaran payudara, membentuk hidung dan ‘mengangkat’ kelopak mata.

Demi Melania Trump, Bekas Pesakit Kanser Payudara Ini Sanggup Bayar $50,000 Untuk PEMBEDAHAN PLASTIK!
Foto: Daily Mirror

Dia juga membuat perawatan memanjangkan rambut, membetulkan gigi, memakai kanta lekap biru, menggelapkan kulit atau tanning serta berlatih dengan jurulatih peribadi untuk mengekalkan bentuk badan ‘barunya’.

IKLAN

Perubahan diri Claudia mengejutkan keluarganya namun mereka turut teruja melihat diri wanita ini yang lebih gembira.

Demi Melania Trump, Bekas Pesakit Kanser Payudara Ini Sanggup Bayar $50,000 Untuk PEMBEDAHAN PLASTIK!
Foto: The Sun UK

Claudia percaya bahawa kini dia kelihatan persis Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump. “Saya mahu kelihatan glamor sepertinya,” ujar Claudia kepada The Daily Mail.

IKLAN

Tidak mahu lagi dilihat sebagai ‘the soccer mom’, Claudia kembali yakin dan teruja melihat refleksi dirinya di depan cermin. “Saya suka perubahan payudara saya dan senyuman ‘baru’ ini.”

Demi Melania Trump, Bekas Pesakit Kanser Payudara Ini Sanggup Bayar $50,000 Untuk PEMBEDAHAN PLASTIK!
Foto: Caters News Agency

Menurut pakar pembedahan plastik, Dr. Franklin Rose yang bertanggungjawab memberi rupa paras ‘baru’ kepada Claudia, trend untuk menyerupai Melania Trump kini sedang mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat.

“Selepas trend Ivanka Trump, kini semakin ramai yang mahukan makeover persis Melania. Mereka menganggap kecantikan First Lady itu sebagai sesuatu yang sempurna dan hebat!” ulasnya. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI