Nama Dato’ Rohana Binti Tan Sri Datuk Haji Rozhan bukan lagi asing di Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings.

IKLAN

Dalam perkembangan terbaru, tokoh media ini akan dianugerahkan Pencapaian Cemerlang dalam Anugerah TV Antarabangsa di Marché International des Program de Télévision (MIPTV), bertempat di Palais des Festivals, Cannes, Perancis pada 9 April depan.

Lebih mengagumkan, Dato’ Rohana merupakan pemenang pertama dari Asia Tenggara dan merupakan seorang wanita.

Anugerah berprestij tersebut hanya diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan, kreativiti dan inovasi, selain mengubah pasaran televisyen global ke tahap tertinggi. Inilah ciri-ciri dinamik yang dimiliki oleh Dato’ Rohana selama menerajui Astro.

Diiktiraf Dunia, Reputasi DATO’ ROHANA ROZHAN Buktikan Dirinya Tokoh Media Wanita Terbaik!

Beliau sebelum ini pernah menerima pengiktirafan sebagai tokoh perniagaan di peringkat Asia iaitu ‘Pemimpin Perniagaan Asia CNBC Ke-12’ (2013), ‘Anugerah Stevie Perak’ bagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Bangkok, Thailand (2013) dan tersenarai Women’s Impact 2014 oleh majalah antarabangsa Variety.

Menurut sumber Astro Awani, sejak beliau berkhidmat pada tahun 2006, banyak perubahan dibuat untuk memajukan pasaran televisyen satelit ini antaranya menerajui pertumbuhan syarikat melalui kepelbagaian pakej saluran yang berkualiti tinggi serta perintis khidmat Video-On-Demand (VOD).

Diiktiraf Dunia, Reputasi DATO’ ROHANA ROZHAN Buktikan Dirinya Tokoh Media Wanita Terbaik!

IKLAN

Di bawah kepimpinannya, banyak kemajuan serta pembaharuan yang berlaku di dalam Astro antaranya yang terkini, bergabung secara strategik dengan Karangkraf bagi membangunkan jenama serta kandungan IP yang hebat di peringkat nusantara.

Sesungguhnya personaliti Dato’ Rohana yang menyenangkan selari dengan kepintaran yang dimilikinya. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Perakaunan dan Ekonomi dari University of Kent di Canterbury, UK.

IKLAN

Wanita jelita ini turut merupakan Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants, UK sejak November 1996 dan Ahli Institut Akauntan Malaysia sejak Mei 1997. Beliau telah menamatkan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Amerika Syarikat pada tahun 2006.

Tahun lepas, tokoh industri media ini turut menerima watikah pelantikan Profesor Adjung oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi berkongsi kepakarannya bersama graduan UUM.

Nona sendiri turut berbangga dengan pencapaian wanita hebat ini. Kredibiliti dan sifat superwoman yang dimiliki oleh Dato’ Rohana Rozhan sesungguhnya wajar menjadi teladan buat wanita lain agar berusaha gigih tanpa jemu.

Work until you no longer have to introduce yourself!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI