• 43
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    43
    Shares

Aduh, ngeri lihat kulit yang mengelupas di bibir Nur Nabilah yang tengah membengkak ini. Bukan kerana kesan melecur atau terbakar mahupun akibat penyalahgunaan produk kosmetik, tetapi ‘kerosakan’ yang sedang dialami ibu kepada dua orang cahaya mata ini adalah disebabkan alahan terhadap ubat yang diambil.

Berdasarkan apa yang diceritakan Nur Nabilah, segala-galanya bermula ketika dia diserang sakit gigi. Meskipun telah mencabut gigi namun kesakitan yang dialami masih tidak berkurangan. Dia kemudian mengambil keputusan untuk membuat imbasan (CT Scan) di sebuah hospital sebelum didiagnosis menghidap penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bahagian muka yang bersambung di gigi ke otak.

Kesan daripada sakit itu dia tidak boleh makan, bercakap dan membuka mulut sehingga berat badannya turun sampai 42 kilogram. Bagi mengurangkan bengkak saraf, doktor memberikan Nabilah ubat tahan sakit dan membuatkan dia kerap tidur. Disebabkan kerap tidur, matanya mula membengkak dan ketahanan badan kian merosot.

“Doktor memang dah syak aku allergic ubat sebab muka mula merah-merah. Then, doktor kata platlet aku rendah dari orang normal dan sangat bahaya. Bila platlet rendah boleh menyebabkan kulit merah-merah dan boleh bleeding. Doktor decided nak hantar HPSF naik ambulan.

Di HPSF seminggu juga duduk di sana. Aku dirujuk ke pakar kulit, mata dan bedah mulut. 2 hari di HPSF badan, kaki tangan dan muka mula naik merah-merah macam terbakar pun ada. Dengan ulser yang banyak dalam mulut serta mata merah bengkak. Memang masa tu down sangat. Nak makan pun tak boleh.

Kadang-kadang rasa macam susah bernafas, macam dada sempit. Bila nak telan air, sempit dan sakit sangat dada. Doktor kata mungkin sebab ulser dah sampai ke dalam. Tiap-tiap pagi ada appointment jumpa pakar mata, kulit dan bedah mulut. Yang paling ngeri jumpa pakar bedah mulut sebab doktor akan siat dan bersihkan kulit-kulit mati dekat bibir sampai darah-darah.

Wajah Nabilah sebelum mengalami alahan

 

So, senang kulit bibir pulih cepat. Kesimpulannya, aku alahan ubat saraf yang aku makan. Nama penyakit ini Steven Johnson symptom. Sakit ini doktor kata tak semua orang macam aku. Ada yang serasi makan ubat tu dan ada yang terima nasib sama.

Apa pun, aku reda dengan aturan Allah SWT. Allah bagi ujian besar untuk hambaNya supaya hambaNya lebih ingat padaNya.”

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: