Lontong, antara menu popular yang sering dihidangkan semasa menyambut musim perayaan. Tetapi kini, hidangan lontong boleh dinikmati sebagai salah satu menu untuk sarapan pagi sehinggalah ke makan malam. Doktor Cantik Kongsi Resipi Lontong Sayuran Versi Sihat!

Bagi pakar estetik dan pemilik The Life Clinic yang terletak di Damansara Heights, Datin Dr Serina Abdul Latif, menu lontong yang menjadi pilihannya diubah suai mengikut citarasanya yang mementingkan kesihatan.

IKLAN

Doktor Cantik Kongsi Resipi Lontong Sayuran Versi Sihat!

“Kebiasaannya, ibu mentua saya akan menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati bersama keluarga. Antara juadah yang sering disediakan termasuklah nasi dagang, rendang, nasi minyak dan sebagainya.

Memandangkan keluarga suami berasal dari Terengganu, sudah tentu menu seperti nasi dagang menjadi menu wajib jika berkumpul sekeluarga. Saya juga banyak belajar memasak dari kawan-kawan yang berkongsi menu masakan Melayu yang ringkas. Antara menu yang menjadi pilihan saya termasuklah Nasi Tomato, Rendang Ayam, Ayam Masak Merah dan Lontong Sayuran,” ujar wanita yang anggun ini.

Doktor Cantik Kongsi Resipi Lontong Sayuran Versi Sihat!

Istimewa untuk pembaca NONA, Datin Dr Serina berkongsi resipi Lontong Sayuran versi sihat yang menjadi kegemarannya. Selamat mencuba!

 LONTONG SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

2 keping tauhu| dihiris dan digoreng

20 batang kacang panjang| dihiris setebal 1inci

450gm kobis

2 batang lobak merah

1 kiub pati ayam

200ml santan

2 cawan air

IKLAN

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN KISAR:

2 sudu besar udang kering| direndam seketika

6 batang cili merah

IKLAN

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

2 batang serai

4 biji buah keras

1 sudu serbuk kunyit

CARA MEMBUAT:

 Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya. Apabila bahan-bahan tumisan telah sekata dan naik bau, masukkan pula santan. Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan digoreng terlebih dahulu. Kacau sehingga sebati. Tambahkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI