Hujung minggu sememangnya saat yang dinanti-nantikan khususnya oleh wanita-wanita yang berkerjaya. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Dan, berpeluang menghidangkan menu istimewa buat insan-insan tersayang.

IKLAN

Alangkah seronoknya jika dapat menikmati biskut Double Trouble Chocolate Chip ini bersama secawan kopi mahupun teh panas ketika minum petang. Lihat sahaja rupanya pun sudah menggiurkan. Nona kongsikan resipi Double Trouble Chocolate Chip istimewa daripada Coffee Jeans & Co.

Khas buat pembaca-pembaca Nona, pemiliknya iaitu Tania Zara sudi berkongsi resepi biskut Double Trouble Chocolate Chip ini yang sememangnya menjadi best seller di Coffee Jeans & Co. Jom cuba!

Double Trouble Chocolate Chip Cookies Yang Menggiurkan Dari Coffee Jeans & Co.

DOUBLE TROUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan-bahan:

  • 225gm cip coklat (dicairkan)
  • 30gm salted butter (dicairkan)
  • ¼ cawan tepung serba guna
  • ½ camca teh serbuk penaik
  • 2 biji telur
  • 175gm gula
  • 1 camca teh esen vanila
  • ½ cawan cip coklat

Double Trouble Chocolate Chip Cookies Yang Menggiurkan Dari Coffee Jeans & Co.

IKLAN

Cara Membuat:

Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan vanila, gaul rata. Masukkan cip coklat dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan pula tepung serbaguna dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. Letakkan adunan ke dalam chiller, biarkan semalaman. Kemudian kaup menggunakan scoop dan susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12-15 minit. Siap untuk dihidangkan.

IKLAN

Tip: Memandangkan biskut ini adalah jenis lembut ianya tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam bekas. Tempoh terbaik ialah selama tujuh hari selepas dibakar. Selamat mencuba! Untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi kek dan pastri, anda boleh klik di Instagram @coffeejeansandco. AMYMOHD

Sumber Foto: @coffeejeansandco

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI