Mengambil inspirasi dari momen kehidupan harian dan juga percutian. Pasangan adik beradik Yen Lee dan Shiau Lee menterjemahkannya ke dalam rekaan yang cukup moden, edgy namun bernafas dalam nada yang sangat feminin. Rasanya percaturan jenama ini dalam memperkenalkan koleksi sebegini amat tepat bukan sahaja untuk dipersembahakn di pentas fesyen bahkan ia mempunyai daya ‘jual’ yang cukup tinggi. Sebagai sebuah jenama fesyen ini adalah elemen paling penting dan bukan sekadar hanya menghasilkan koleksi sahaja.

IKLAN

Eat, Love & Groceries, Ilham Fesyen MAGlifesytle Untuk Koleksi Resort 2018

Mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week 2017, rekaan-rekaan yang dapat dilihat di pentas fesyen seperti mempunyai kesinambungan biarpun ia berubah-ubah dari setiap satu rekaan. Sentuhan moden seperti gaun off-shoulder, lengan peekaboo dan juga ropol-ropol romantis antara perincian yang jelas dilihat menerusi koleksi ini.

IKLAN
IKLAN
Eat, Love & Groceries, Ilham Fesyen MAGlifesytle Untuk Koleksi Resort 2018
Shiau Lee & Yen Lee

Bermula dengan busana dengan rona merah kemudian berubah rona hitam dan kelabu seterusnya berkembang kepada corak cetakan belang serta cetakan bunga dan diakhiri dengan gaun labuh penuh manik. Esvolusi dari mula hingga ke akhir ini seperni menjadi perlambangan yang busana rekaan jenama ini melengkapkan kitaran fesyen untuk digayakan dari pagi hingga ke malam.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI