Menyaksikan pertunjukan fesyen jenama ini sungguh mengujakan. Dengan set yang dibina begitu megah dan formasi model yang menarik memberikan satu aura yang cukup menarik seiring dengan koleksi keseluruhan yang moden, chic serta muda. Hadir dengan tema ‘Dawn’ atau bermaksud fajar di dalam bahasa Melayu, tema ini digambarkan menerusi pemilihan rona-rona yang kita mampu lihat dilangit saat matahari mula muncul di dinihari.

IKLAN

Era Baru Duchess & Co

Antara rona yang diserlahkan adalah biru lembut, hijau karang, jingga dan juga biru diraja selain warna putih melengkapkan gaya. Bila berbicara soal rekaan pula, bagi menimbulkan pesona penuh moden, corak cetakan geometri diaplikasikan ke dalam beberapa rekaan. Selain itu satu lagi unsur yang menarik yang diserlahkan adalah cetakan motif rama-rama yang melambangkan sebuah transformasi dan kebebasan.

IKLAN

Era Baru Duchess & Co

IKLAN

Siluet yang hasilkan tertumpu kepada rekaan yang sememangnya menjadi pakaian harian seperti seluar palazo, baju polos, balus off shoulder, blaus crop, blaus bertingkat, skort iaitu kombinasi skirt dan seluar pendek, toga dan bermacam-macam lagi siluet yang popular di kalangan pencinta fesyen. Khabarnya, jenama ini bakal meluarkan pengaruh mereka dengan membuka butik di Singapura dan Indonesia pada tahun ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI