Dia antara pereka fesyen generasi baru yang kian meningkat naik. Walaupun baru sahaja bertapak di dunia fesyen setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara dia tidak mengambil langkah berehat sebaiknya terus mahu mencipta nama sendiri dalam bidang fesyen tempatan. Pertama kali mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 atas tiket kemenangan pertandingan rekaan fesyen songket diraja di Anugerah Yayasan Tuanku Nurzahirah 2014, kini pada usia 26 tahun dia mula mengumpul peminat fesyennya tersendiri.

IKLAN

BAGAIMANA ANDA MENCEBURI DUNIA FESYEN?

Saya memang sukakan fesyen sejak dari kecil lagi. Saya mula menceburi dunia fesyen apabila memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini bermula dengan diploma dan selanjutnya sehingga peringkat ijazah. Selepas tamat belajar saya memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan berjaya menjadi juara. Saya memang tidak main-main sewaktu menyertai pertandingan ini kerana ganjarannya cukup besar iaitu mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week. Untuk pereka muda ini adalah satu peluang yang cukup besar.

ADAKAH KELUARGA ANDA MENYOKONG PILIHAN KERJAYA INI?

Ya, memang seratus peratus mereka menyokong saya. Saya masih ingat lagi ketika kecil saya selalu bermain dengan baju, beg dan kasut ibu. Saya memang tertarik dengan fesyen dan mengagumi kecantikan yang diserlahkan melalui dunia ini. Melihat saya begitu suka dunia fesyen, ibu memberi sokongan penuh apabila saya memilih untuk belajar di sekolah menengah teknik  dan mengambnil jurusan fesyen, disebabkan pengalaman di sekolah ini saya memiliki kelebihan apabila mahu melangkah ke alam universiti.

SETIAP PEREKA MEMILIKI ESTETIK REKAAN MEREKA YANG TERSENDIRI. BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

Saya boleh menyatakan yang estetik rekaan saya berpakri kepada gaya yang sangat minimal, ringkas dengan sedikit sentuhan kemewahan. Bagi saya potongan busana yang bersih memberi gambaran kepada gaya yang sangat relaks dan menyemarakkan aura elegan yang tidak lapuk dek zaman.

Fesyen BERHIJAB Lubuk EMAS Pereka – Nadia Hasmin

DARI MANAKAH ANDA MEMPEROLEH INSPIRASI SEBELUM MENCIPTA SEBUAH KOLEKSI?

IKLAN

Ia datang dari situasi dan juga perkara yang ada di sekeliling saya. Jadi apabila saya mendapat inspirasi itu, saya akan melakukan kajian yang lebih mendalam tentang subjek tersebut dan menterjemahkannya menjadi busana.

SIAPAKAH IDOLA ANDA DI DALAM DUNIA FESYEN?

Semestinya duo pereka adik beradik dari jenama The Row iaitu Mary-Kate Olsendan Ashley Olsen. Saya suka duo pereka ini kerana mereka mencipta koleksi fesyen yang cukup ringkas tanpa banyak perincian. I can say that I love them because of their simplicity in designing. Setiap koleksi yang dipersembahkan seolah-olah memiliki cerita disebaliknya, this make me love everything about them!

IKLAN

Fesyen BERHIJAB Lubuk EMAS Pereka – Nadia Hasmin

SEMPENA DENGAN ISU HIJAB. ADAKAH ANDA BERSETUJU JIKA SAYA KATAKAN YANG DUNIA FESYEN MUSLIMAH ADALAH LUBUK EMAS BAGI PEREKA FESYEN DI NEGARA KITA?

Setuju, sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan seluruh dunia. Kini sudah ada jenama-jenama fesyen antarabangsa yang mereka pakaian berdasarkan gaya wanita muslim yang lebih sopan. Saya rasa perkara ini disedari oleh ramai pereka fesyen dan mereka semua tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih keuntungan daripada fenomena ini.

SEBAGAI SEORANG PEREKA MUDA. APAKAH PERKARA YANG INGIN ANDA CAPAI MENERUSI DUNIA FESYEN?

Impian saya adalah untuk membawa nama anak melayu ke pentas dunia bertaraf antarabangsa. Kita punya banyak pereka fesyen berbakat di malaysia apa yang diperlukan adalah pendedahan secara meluas. Saya sendiri masih mencuba melakukannya, berkongsi pengalaman saya pernah terlibat mengadakan persembahan fesyen di London Muslim Lifestyle yang bertempat di Olympia London, United Kingdom tahun lepas. Saya dibawa oleh pihak Mara menerusi program Mara In Fashion(MIF).

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI