Setuju atau tidak, beli tilam adalah suatu pelaburan. Makna pelaburan tersebut bukan selepas pakai boleh jual balik tapi ianya merupakan pelaburan kepada kesihatan tubuh.

IKLAN

Membeli tilam yang baik merupakan pelaburan untuk menjaga tulang belakang semasa tidur. Namun, kebiasaanya tilam yang mempunyai perlindungan tulang belakang ini harganya sangat mahal. Orang ‘kayangan’ sahaja yang mampu untuk beli kerana harganya ada cecah puluhan ribu ringgit.

Tip Bersih Kotoran TILAM KAYANGAN, Guna Bahan Dari Dapur Sahaja
Photo by julie aagaard from Pexels

Ada juga yang beranggapan membeli tilam bukan selalu, biar alah membeli menang memakai. Terpulang kepada individu untuk membuat pilihan.

Bila dah beli tilam kayangan kena pandai jaga pula. Jangan tak sampai tiga tahun dah nak kena tukar tilam yang baru. Bagaimana nak jaga tilam supaya sentiasa baru dan berbau wangi boleh ikut tip ini.

Tip Bersih Kotoran TILAM KAYANGAN, Guna Bahan Dari Dapur Sahaja
Photo by Monica Silvestre from Pexels

Langkah 1: Kemas Tilam
Buka semua cadar, selimut, pelindung tilam (mattress protecter) dan sarung bantal daripada tilam. Dah tiba masa untuk membasuh semuanya agar bersih, wangi dan bebas hama. Kalau mesin basuh ada fungsi air panas lagi elok.

Langkah 2: Nyah Bau
Baking soda adalah bahan paling berkesan dan murah untuk nyah bau tilam. Walaupun baking soda tidak mempunyai bau tetapi kesannya amat menakjubkan. Caranya adalah dengan menabur baking soda di atas tilam dan gosok rata tapi jangan terlalu kuat kerana kita tak mahu merosakkan fabrik tilam. Biarkan baking soda itu di atas tilam sekurang-kurang 15 minit. Lagi lama lagi bagus.

Tip Bersih Kotoran TILAM KAYANGAN, Guna Bahan Dari Dapur Sahaja
Photo by Kaboompics .com from Pexels

Langkah 3: Sedut
Langkah seterusnya adalah menyedut baking soda di atas tilam dengan vakum. Pastikan vakum yang digunakan telah dibuka penyedut yang bersikat. Ini kerana attachment yang bersikat itu boleh merosakkan fabrik tilam. Pastikan semua baking soda sudah dibersihkan di setiap sudut.

IKLAN

Langkah 4: Buang Kotoran
Kotoran di tilam biasanya terjadi kerana;
Peluh – Sembur cecair hydrogen peroxide sehingga lembap. Tapi jangan sampai basah. Kita boleh gunakan botol semburan untuk mengawal cecair di atas tilam. Biarkan ia sehingga benar-benar kering. Cecair ini boleh membantu menanggalkan kesan kuning akibat peluh di atas tilam. Boleh ulangi langkah ini sehingga puas hati.

Tip Bersih Kotoran TILAM KAYANGAN, Guna Bahan Dari Dapur Sahaja
Foto: Koleksi Nu Ideaktiv

Darah – Campurkan 60 gram hydrogen peroxide bersama 1 sudu besar cecair pencuci sabun dan garam. Letakkan campuran ini di atas kesan darah di atas tilam selama 10 minit. Kemudian kaut dengan sudu dan gunakan kain bersih yang dicelup dengan hydrogen peroxide untuk menanggalkan kesan. Biarkan tilam kering.

IKLAN

Air kencing – Campurkan 3 sudu besar baking soda bersama 227 gram hydrogen peroxide dengan sedikit cecair basuh pinggan di dalam mangkuk. Guna kain bersih dan tekap pada bahagian terkena air kencing tapi jangan sampai basah. Guna bahagian demi bahagian kain tersebut agar sentiasa menggunakan bahagian yang bersih untuk membuang kesan air kencing tersebut.

Tip Bersih Kotoran TILAM KAYANGAN, Guna Bahan Dari Dapur Sahaja
Foto: Koleksi Nu Ideaktiv

Langkah 5: Terbalikkan Tilam
Bila tilam bahagian atas sudah bersih tentu kita mahu bahagian bawah juga bersih. Terbalikkan tilam tersebut dan mungkin bahagian bawah tidak perlu dibersihkan kerana tidak pernah digunakan. Namun, kita boleh sedut dengan vakum mana tahu ada habuk atau hama yang boleh membuatkan alergik.

Selamat mencuba!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI