Mendengar pengalamannya saja sudah cukup mengerikan. Apatah lagi bagi empunya diri, Ezzaty Abdullah yang terpaksa menanggung sakit Breast Abscess atau nanah payudara pada Januari lalu. Meskipun masih trauma dengan apa yang berlaku, namun isteri kepada Azwan Kombos ini percaya setiap kejadian yang berlaku punya hikmah tersendiri.

IKLAN

Tenang menceritakan detik cemas sebaik dikhabarkan tentang penyakit berkenaan, Ezzaty mengakui perasaannya ketika itu bercampur-baur. Terkejut, marah, sedih … segala-galanya sukar diungkapkan. Mujur, suami tercinta setia menemani dan tidak putus-putus memberi semangat.

Gara-Gara Bengkak Susu, EZZATY ABDULLAH Akhirnya Terpaksa Dibedah! Pengorbanan Bergelar Seorang Ibu

“Asalnya berpunca dari bengkak susu. Waktu mula-mula tu, saya cuba pam untuk keluarkan susu tapi bengkak masih tak surut-surut. Kemudian, saya cuba pula cara kampung dengan urut selama 3 hari berturut-turut. Tak cukup dengan itu, saya ikut cara yang ada dekat google macam tuam air panas, letak kubis dan macam-macam lagi. Kesannya tetap tak berubah malah, makin lama jadi makin teruk. Sampai tiga minggu, saya dah tak tahan dan terus pergi ke hospital. Malangnya waktu tu dah terlambat. Payudara saya dah bernanah dan jadi breast abscess. Nak tak nak memang kena operate juga.

Lima hari saya ditahan di wad sebab kena buat dressing hari-hari. Sepanjang empat hari kena dressing itulah buat saya jadi trauma sampai sekarang. Jujurnya, memang saya dah tak sanggup dan tak mahu dah alami semua ini lagi.

Gara-Gara Bengkak Susu, EZZATY ABDULLAH Akhirnya Terpaksa Dibedah! Pengorbanan Bergelar Seorang Ibu
Bersama puteri kesayangan, Harum Dalia

Masa mula-mula doktor cakap pasal sakit ini saya agak terkejut. Tak pernah lagi ada dalam kalangan keluarga atau orang terdekat saya yang kena macam apa yang saya lalui. Saya sendiri pun tertanya-tanya dan tak pernah tahu bahaya bengkak susu boleh jadi sampai macam ini. Tapi bila ramai yang sudah tahu tentang penyakit saya, rupa-rupanya ramai yang sudah alami.

IKLAN
Gara-Gara Bengkak Susu, EZZATY ABDULLAH Akhirnya Terpaksa Dibedah! Pengorbanan Bergelar Seorang Ibu
Ezzaty, ketika berada di hospital selama lima hari

Di kesempatan ini, saya hendak nasihatkan semua bakal ibu di luar sana yang mengandung anak sulung terutamanya supaya jangan sekadar dengar pengalaman atau nasihat dari orang terdekat. Pergi kelas dan dengar apa tindakan yang perlu dibuat bila berlaku perkara sebegini dari mereka yang profesional. Tambah ilmu tentang breast feeding lebih-lebih lagi sebelum mula mengamalkannya.

Soal breast feeding ini tak semudah yang kita sangka dan kalau ada yang mengalami bengkak susu, segeralah ke hospital untuk berjumpa dengan doktor pakar sebab itu yang terbaik. Saya bercakap berdasarkan pengalaman dan situasi yang saya terpaksa harung ini sangat perit. Kalau boleh saya tak mahu orang lain kena macam saya. Sakitnya, Allah saja yang tahu!” terang aktres cantik ini yang selamat melahirkan anak sulung, Harum Dalia pada 6 Disember tahun lalu.

IKLAN

Gara-Gara Bengkak Susu, EZZATY ABDULLAH Akhirnya Terpaksa Dibedah! Pengorbanan Bergelar Seorang Ibu

Walau pun keluar dari hospital awal Februari lepas, trauma yang dirasai Ezzaty masih bersisa. Malah, semasa ditemu bual dia agak kurang sihat. Mungkin kerana tidak dapat rehat yang cukup sejak mula kembali aktif menjalani penggambaran drama terbaru. Apa-apa pun, moga Ezzaty cepat sembuh dan kisah yang dikongsikannya ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI