Adakah semangat kerja anda mulai menurun? Banyak faktornya mengapa motivasi kerja seseorang itu semakin menurun. Antaranya ialah persekitaran yang kurang menyenangkan, tidak serasi dengan rakan sekerja atau tiada kenaikan gaji.

IKLAN

Usah dibiarkan semangat kian merudum kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja anda. Bahkan, anda juga akan semakin tertekan kerana dipengaruhi oleh emosi lantas mengganggu kesihatan pula.

Oleh itu, bangkitlah semula demi mencari semangat anda yang hilang. 5 cara berikut dapat membantu anda untuk membangkitkan kembali semangat kerja.

(1) INGAT TUJUAN, CITA-CITA DAN HARAPAN

Selain sebagai ibadah, bekerja juga sebagai jalan untuk anda meraih tujuan, cita-cita dan harapan. Bohonglah jika anda tidak pernah mengimpikan untuk mendapatkan gaji serta kedudukan yang lebih baik berbanding sekarang, bukan? Maka, tunjukkan semangat yang tinggi sebagai motivasi.

(2) UNTUK SIAPA

Ingatlah untuk siapa anda bekerja. Adakah untuk keluarga atau ibu bapa yang anda sayangi? Jangan kecewakan mereka dengan mempamerkan semangat yang rendah dalam kerjaya anda. Jadilah contoh terbaik buat anak-anak mahupun adik-beradik anda.

(3) PILIH MANA LEBIH PENTING

Fikirkan mana yang harus diutamakan. Ibadah jauh lebih penting daripada ketua yang cerewet. Impian untuk kehidupan yang baik jauh lebih penting daripada rakan-rakan sekerja yang iri hati dan dengki dengan anda.

IKLAN

Insan-insan tersayang jauh lebih penting daripada apa jua masalah. Jangan biarkan hal-hal yang tidak penting mengganggu semangat kerja anda.

(4) YAKIN BAHAWA ANDA MAMPU

Yakinlah bahawa anda mampu untuk mengatasi, bertahan dan menghadapi semua perosak motivasi kerja. Tuhan tidak akan membebani seseorang di luar kemampuan dirinya.

IKLAN

Bulatkan tekad di jiwa bahawa anda tidak akan mudah mengalah untuk mengejar impian serta demi insan-insan yang tersayang.

(5) RESAPKAN KE JIWA

Buat catatan berunsurkan renungan bermula dari langkah pertama hingga langkah keempat. Jika anda ikut secara konsisten anda akan lebih bersemangat. Agar semangat itu lebih bertahan lama, serapkan ke dalam jiwa anda.

Dengan catatan ini juga akan lebih menguatkan semangat anda untuk terus bekerja. Bacalah secara rutin dan praktikkan ke dalam tindakan anda. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI