Terkenal dengan jenama Dior Homme dan Saint Laurent sebelum ini, pereka fesyen berusia 49 tahun ini telah disahkan oleh Bernard Arnault, CEO LVMH sebagai Pengarah Artistik baru rumah fesyen Celine yang bernaung di bawah kumpulan syarikat tersebut. Akan memulakan kerja pada awal Februari nanti, Slimane akan mempersembahkan koleksi sulungnya di Paris Fashion Week pada bulan September yang akan datang. Dalam rangka kerja terbaru ini dia ditugaskan untuk menghasilkan keseluruhan koleksi jenama ini termasuk koleksi lelaki, couture dan juga minyak wangi.

IKLAN

Seiring dengan perlantikan ini ia menamatkan teka teki dunia fesyen tentang siapa bakal menggantikan Pheobe Philo yang meninggalkan jenama ini setelah 10 tahun bersama.

Heidi Slimane Menggantikan Pheobe Philo Di Celine Sebagai Pengarah Artistik
Sepanjang khidmat bersama jenama Celine, Philo telah memberikan satu dimensi fesyen yang cukup segar dan moden bahkan menetapkan satu penanda aras kepada gaya yang ikonik dizaman kegemilangannya.
Heidi Slimane Menggantikan Pheobe Philo Di Celine Sebagai Pengarah Artistik
Koleksi Rekaan Heidi Slimane Untuk Jenama Saint Laurent

Sejak keluar dari jenama Saint Laurent pada tahun 2016, Slimane menyambung projek fotografinya tetapi dalam masa yang sama dia menyatakan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia rekaan. Dalam satu temubual bersama vogue.co.uk, dia berkata, “Saya gembira untuk menyertai Bernard Arnault dalam misi yang menarik ini untuk Céline. Saya sangat berharap untuk kembali ke dunia fesyen kerana ia penuk dengan perkara-perkara mengujakan selain nilai dinamik atelier itu sendiri.

 

 

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI