•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Makanan Arab memang terkenal dengan portion yang besar dan berkhasiat. Lazimnya, bila sebut saja hidangan Arab pasti ramai yang menggambarkan sajian Nasi Mandy dengan lauk kambing yang empuk bersama salad dan sos tomato. Bagi yang menggemari menu Timur Tengah, di samping tertarik dengan menu popular tersebut sajian tambahan seperti Tabouleh dan Hummus juga tidak kurang enaknya.

Yang penting, penyediaan kedua-dua resipi ini cukup mudah dan cepat. Sesuailah buat anda yang sedang menikmati cuti hujung minggu hari ini. Jom cuba!

TABOULEH

Bahan-bahan: (untuk hidangan  10 orang)

  • 445 gram pasta cous cous
  • 100 gram tomato
  • 150 gram bawang Holland
  • 1.2 kg daun parsli English (dibersihkan)
  • 12 gram garam halus
  • 7 gram serbuk lada putih
  • 150 ml jus lemon
  • 120 ml minyak zaitun

Cara membuat

Rendam pasta dalam periuk berisi air suam selama sejam. Sementara menunggu pasta, kupas kulit tomato dan bawang serta dipotong dadu kecil. Juga, hiris halus daun parsli dan asingkan. Ambil penapis atau perah pasta cous cous dengan menggunakan tuala dapur bersih untuk mengeluarkan lebihan air. Pastikan ia betul-betul kering sebelum memerah tomato dan daun parsli bersama. Toskan semua bahan tersebut ke dalam mangkuk besar dan perasakan dengan garam, serbuk lada putih, minyak zaitun serta jus lemon. Gaul rata sebelum dihidang.

HUMMUS

Bahan-bahan: (untuk hidangan 15 orang)

  • 600 gram kacang kuda (direbus)
  • 120 gram pes tahini
  • 60 ml jus lemon
  • 20 gram bawang putih
  • 10 gram garam halus
  • 5 gram serbuk lada putih
  • 10 gram rempah sumac
  • 200 ml minyak zaitun

Cara membuat

Rendam kacang kuda semalaman dan didihkan sehingga masak sepenuhnya. Masukkan semua bahan dalam dan kisar halus. Sesudah itu, tuang air panas secukupnya sehingga hummus sedikit menebal. Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam sebelum dihidangkan. Siap untuk dinikmati.

Resipi: TERIMA KASIH EKSEKUTIF KOMUNIKASI & PEMASARAN VE HOTEL & RESIDENCE, JACQUELINE SHU DAN SOUS CHEF, CEF MOHD IZAN IZAZUL

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: