Destinasi Cameron Highland sememangnya terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan yang popular pada masa cuti sekolah mahupun hujung minggu. Ia juga menjadi pilihan pasangan pengantin baru iaitu selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri untuk beristirahat dengan ahli keluarga mereka. Yang penting, penginapan ala kolonial di sana memang ada kelas tersendiri apatah lagi diselubungi suasana sejuk, bunga-bunga mekar dan ladang teh yang menghijau. Memang menenangkan!

Sedapnya tengok hidangan English Breakfast tu! Bila petang pula, high tea dengan skon dan teh... oh, rasa macam sekarang juga nak pergi Cameron Highland. Sebenarnya nampak terserlah kebahagiaan Nora dan Nedim sebaik mereka diijabkabulkan pada 30 Mac lalu. Pasangan glamor yang dikenali melalui hashtag #NeNo itu masing-masing memiliki seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli dan Mohamed Nedrin (Dre).