Wanita selalu mengimpikan kulit halus sempurna apatah lagi saat merakam foto untuk tatapan rakan media sosial. Efek solekan yang segar dan natural sangat diminati sehinggakan banyak aplikasi di muat turun untuk tujuan ini.

Ketepikan telefon pintar untuk berselfie kerana kini ada kamera poket pintar yang khusus untuk penggemar selfie. Menyertai rangkaian kamera kompak EXILIM yang lain, Casio Malaysia melancarkan model terbaru EX-TR80 buat wanita elegan dan moden.

Dengan pilihan solekan 'All Star', paparan LCD yang besar dan pencahayaan LED berganda memastikan momen selfie anda yang penuh kepuasan.

Melihat kepada ciri fizikal, perkara pertama yang mencuri perhatian penulis adalah rupa paras estetiknya yang bergaya. Kompak, mudah dipegang dan didatangkan dalam 3 warna menarik iaitu putih, hitam serta merah jambu.

Perincian lensa kameranya pula dikelilingi bingkai gegelang keemasan untuk efek mewah berprestij. Terdapat juga tangkai pemegang yang praktikal agar ia boleh didirikan di atas permukaan rata atau digantung untuk mengambil foto.

KARAKTER HEBAT

6 Efek Solekan

Anda boleh memilih dari 6 tetapan foto ini iaitu Elegant, Foggy, Fairy, Nostalgia dan Vivid.

Pelarasan Bijak

Fungsi 'Portrait Refiner' berupaya menganalisa kondisi penggambaran dengan bijak serta ciri wajah anda. Walau apapun jenis kompleksi kulit atau sumber cahaya, kamera ini akan melaras efek solekan secara automatik untuk hasil mengagumkan.

Pencahayaan LED berganda

Berfungsi untuk merakam objek dengan jelas walaupun dalam persekitaran cahaya yang suram. Dua lampu LED pada kamera ini memberikan sumber pencahayaan yang lebih luas untuk merakam foto terbaik di tempat gelap.

Paparan LCD yang besar

Dengan saiz 3.5 inci, iaitu 30% lebih besar daripada model sebelumnya, model ini mampu memberi kepuasan berselfie yang sebenar. Warna yang dihasilkan lebih cemerlang dengan penggunaan yang ringkas dan mudah.

Rotasi Bebas

Semua orang ada stail yang unik untuk disesuaikan dengan karakter diri masing-masing. Model kamera ini boleh dipegang, didirikan di atas meja atau digantung.

EXILIM Auto Transfer

Versi baru diperkenalkan. Kini dengan hanya menekan satu butang, anda boleh terus menghantar imej yang diambil ke telefon pintar atau terus ke dalam media sosial.

Instant Movie Productions

Hasilkan sendiri video anda dengan menekan butang record. Efek solekan turut disokong dalam format video.

SPESIFIKASI

  1. 11.1 megapiksel.
  2. Sensor imej 1/1.7 inci CMOS.
  3. Format JPEG untuk foto dan MOV untuk video.
  4. Memori flash terbina di dalam sekitar 49.9 MB.
  5. Menggunakan kad memori microSD, microSDHC dan microSDXC.
  6. Keupayaan zum digital 4.0x dan 7.8x maksimum.
  7. Ciri pengesanan kontras Auto Fokus, Macro, Pan Fokus dan Infinity Mode.
  8. Apertur F2.8.
  9. Pindahan data secara Bluetooth dan Wi-Fi.
  10. Bateri terbina dalam lithium ion yang boleh dicas semula.
  11. Berat 151gm.

Kamera Casio Exilim EX-TR80 ini dijual di semua kedai kamera utama, Lazada Casio Exilim Official Store dan GEM FIVE Malaysia Online Store pada harga RM4,099. Sungguh berbaloi dan harus anda miliki sekarang!