Naluri dan daya seksual adalah kuasa yang merangsang seseorang mewujudkan rasa berahi dan seksual. Ramai wanita mengalami masalah kurang daya seksual terutama ketika dalam proses mengandung, selepas melahirkan anak, menyusukan anak dan ketika menopaus.   

Jika sekali dua menolak kemahuan suami mungkin itu adalah perkara biasa. Tetapi, jika setiap kali menolak kehendak suami berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah frigid. Jika kaum lelaki sengsara dengan masalah impotensi kaum wanita juga menghadapi masalah yang sama dikenali sebagai frigiditi.

Frigiditi adalah keadaan seorang wanita yang kurang mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks. Frigid merupakan gangguan disfungsi seksual yang berlaku di kalangan wanita. Keadaan ini bukan suatu penyakit tetapi adalah situasi wanita tidak dapat menikmati rangsangan seksual yang diberikan.   

Masalah ini boleh berlaku tanpa mengira usia dan mungkin menghantui pasangan yang baru berkahwin dan juga boleh mengganggu kesejahteraan kehidupan wanita yang sudah berpuluh tahun berkahwin.

Bentuk frigiditi

Frigiditi terbahagi kepada dua bentuk iaitu frigiditi sementara atau frigiditi kekal. Namun frigiditi kekal jarang berlaku di kalangan wanita dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita adalah frigiditi sementara.  

Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:

1. Frigiditi Palsu

Ramai wanita yang menghadapi masalah frigiditi paslu ini kerana tidak dirangsang sepenuhnya oleh suami. Wanita yang berada dalam kelompok ini tidak menghadapi masalah yang serius kerana mereka hanya tidak mencapai kemuncak ketika bersama suami. Sebagai seorang suami yang mempunyai isteri dalam kelompok ini perlu memainkan peranan yang penting untuk keharmonian rumah tangga. Suami perlu membelai isteri agar tidak terus dingin untuk melakukan hubungan intim. Masalah frigiditi palsu ini boleh dirawat dengan mencapai kemuncak setiap kali bersama suami.

2. Frigiditi sepintas lalu

Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya berpunca daripada gangguan jiwa disebabkan sikap suami yang tidak peka. Wanita dalam kelompok ini masih mempunyai daya seksual tetapi sering dilemahkan kerana tidak mencapai kemuncak. Stres dan tekanan di luar rumah seperti di tempat kerja turut menyumbang situasi ini. Rasa sayang yang ditonjolkan oleh suami penting untung mengatasi masalah ini.

 3. Frigiditi berkait

Wanita yang berada dalam kelompok ini sebenarnya tidak frigid. Rasa dingin untuk melakukan hubungan intim kerana dia merasakan pasangan tidak sesuai atau bukan pilihan hati. Apabila setiap kali diajak untuk bersama dia sering menolak dengan seribu alasan. Suami perlu bersabar jika mempunyai isteri yang berda dalam kelompok ini. Rasa frigid boleh hilang jika hatinya secara terbuka menerima keburukan dan kelebihan pasangan.

4. Frigiditi penyakit

Frigiditi ini umpama sebagai penyakit daripada aspek perubatan. Pesakit ini mempunyai keinginan yang kuat dalam melakukan hubungan ini. Dia aktif dalam memulakan hubungan tetapi sukar mencapai kemuncak hubungan intim. Ketidak-upayaan ini digelar sebagai anorgasme. Rasa kemuncak itu akan hilang begitu sahaja tanpa mengenal punca. Punca lain masalah ini apabila wanita tersebut sering melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri.