Kilauan barangan kemas Swarovski yang memukau dan tidak keterlauan pasti hebat dikenakan raya nanti. Bersama padanan busana sedondon, memberi tarikan pada si pemakai menyambut lebaran.

Koleksi terbaru menampilkan inspirasi urban dari Paris dan Los Angeles, menyuntik citarasa elegan dan sofistikated, menyerlahkan aura tanpa perlu menyatakannya.

Ini dia 15 kilauan yang akan menyerikan Syawal anda.   

1. Pilihlah gaya Bohemian dengan GIPSY NECKLACE yang ringkas begitu sahaja atau boleh digabungkan dengan item lain dari jenis yang sama untuk impak lebih ekstravaganza. RM1,490

2. GRASS STRANDAGE ini pula lebih versatil, yang direka cukup istimewa bersama elemen magnetik dan kilauan kristal biru yang memukau. RM1,190

3. Tidak akan mengecewakan, GINGER RING SET yang mengikut trend semasa. Boleh digayakan secara berasingan atau trio. RM699

4.Impresi glamor pasti terserlah dengan GROOVE NARROW RING bersama kilauan kristal serta emas sekaligus menambahkan keanggunan pada busana yang digayakan. RM499

5. Set GRAY RING SET ini memiliki faktor wow! Dipersembahkan dalam potongan unik untuk sebuah kelainan gaya. RM799

6. Menggunakan signatur teknik Rolled Crystal Rock dan biasan kristal pink ros, CRYSTALDUST CUFF memberi kilauan yang anda perlukan sebagai pelengkap. RM399

7. Tampil feminin dan romantik dengan SWAN LAKE BANGLE dengan motif angsa ikonik. Sesuai digayakan dengan apa jua busana. Untuk gaya lebih moden padankan bersama jam tangan Swarovski.  RM799

8. Rekaan memukau penuh sofistikated, GIPSY BANGLE ini menyerlahkan ciri-ciri Bohemian pada gaya. Padankan dengan item dari kumpulan sama untuk tampil lebih berani. RM799

9. GENTLY OVAL BANGLE direka sempurna dan tidak akan ditelan zaman. Sesuai digayakan untuk apa jua acara. Disediakan dalam pelbagai warna dan stail bagi menyerlahkan gaya sofistikated.  RM499

 

10. Olahan dramatik GLANCE BANGLE cukup mempesonakan. Pancaran kristal hijau bersama batuan keemasan pastinya menggamit pandangan. Sesuai dihadiahkan buat yang tersayang.  RM549

11. CRYSTALLINE PURE WATCH memiliki rekaan yang feminin, asli serta moden. Tidak hanya dilimpahi rona keemasan malah turut dilengkapi set kristal yang menjadi signatur bagi Swarovski. Ia juga bersifat kalis air.  RM2,190

12. Aplikasi rona metalik Crystal Rock pada GLAM ROCK SMARTPHONE INCASE WITH BUMPER ini sesuai buat pengguna iPhone 7. Ia sofistikated serta elegan buat anda yang bercitarasa tinggi. RM479

13. Tampil ranggi dengan GINA BROOCH yang unik. Sesuai digayakan untuk apa jua acara. RM699

14. DARCI ROSE BROOCH menyuntik elemen elegan dan romantik buat sang rupawan. Dilengkapi 3D silhouette menampakkan nilai seni yang tinggi. RM799

15.  Akhir sekali, abadikan memori indah dalam STARLET PICTURE FRAME  yang disaduri nuansa keemasan. Sesuai untuk foto bersaiz 13 x 18 sm (5 x 7 inci).  RM1,990