Begitu lama tak mendengar khabar Cik Puan Julia Aishah Abdul Rais semenjak wanita jelita berusia 46 tahun itu menyepikan diri. Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan tersebut mula dikenali sebagai model iklan televisyen, seterusnya sebagai aktres filem Mira Edora, Isabella dan Suci Dalam Debu lewat penghujung 80-an serta awal 90-an.

Hakikatnya bukan mudah menjejaki Cik Puan yang berdarah campuran Melayu-Britain itu. Tapi sepanjang tempoh 'kehilangan' beliau selama hampir 26 tahun, tanpa disedari tiga orang puteri-puterinya juga kini semakin meningkat dewasa.

Tiga orang puteri Cik Puan Julia Rais iaitu YM Tengku Iman Afzan Tengku Abdullah, 25, YM Tengku Ilisha Ameera Tengku Abdullah, 23, dan YM Tengku Ilyana Tengku Abdullah, 20, merupakan graduan dari universiti di London. Ketiga-tiganya memiliki pakej lengkap; cantik, cerdik dan bijak berfesyen.

Demi melepaskan rindu yang terbuku, jom tengok foto terbaru puteri-puteri ini. Kalau tengok sekali imbas, memang seiras wajah jelita bonda mereka, kan?

Kredit: Instagram @imanabdullah @ilyanaabdullah

(1) YM Tengku Iman Afzan

(2) YM Tengku Ilisha Ameera

(3) YM Tengku Ilyana

Anda rasa, antara mereka bertiga, yang mana satu paling mirip dengan wajah bonda Cik Puan Julia Rais?