Permulaan hari yang indah bermula dari rumah. Sedari sejak dinihari hinggalah ke penghujung malam, hidup kita dipengaruhi oleh keputusan pertama yang dibuat pada waktu pagi iaitu baju yang dipakai. Selain cantik dan selesa dipakai, baju yang bersih dengan keharuman yang segar juga merupakan tiket kejayaan yang dihajati.

Selain pakaian, kebersihan fabrik di dalam rumah turut menjadi perhatian wanita moden. Anda sangat cermat terhadap kotoran serta selalu memastikan ia tidak mencetuskan alahan kepada keluarga tersayang. Anda sedar bahawa di situlah tempat anak-anak bermain dan pasangan beristirahat, maka seharusnya ia dicuci bersih dengan aroma segar yang menenangkan.

Walau bagaimanapun, proses cucian di rumah selalunya terbatas dengan kesulitan tertentu; antaranya ruang yang terhad, terpaksa mencuci pada waktu malam dan mengeringkannya di dalam rumah, masalah cuaca seperti musim hujan atau jerebu serta banyak lagi. Kesulitan ini tentu sekali memeningkan, apatah lagi menjelang bulan perayaan akan datang.

Atasi kesulitan-kesulitan tersebut dengan memilih detergen yang tepat seperti TOP. Ia diformulasi khas bagi melancarkan rejim cucian anda dalam apa jua keadaan untuk kesan yang tiada tandingan. Malah dengan revolusi Micro-Clean Tech, teknologi Anti-Sebum di dalamnya baik untuk membersihkan peluh, sebum serta molekul-molekul seni yang terperangkap di teras fabrik. Semua molekul tersebut merupakan punca kekuningan dan kekusaman pada fabrik anda.

TIP CUCIAN EFISIEN

1. Rendam kain kotoran secepat mungkin. Jika noda kotoran dibiarkan kering, ia akan kekal atau lebih sukar dihilangkan.

2. Asingkan pakaian atau fabrik yang ingin dicuci mengikut warnanya. Kain yang berwarna terang tidak seharusnya dicuci dengan kain yang berwarna gelap. Begitu juga kain-kain yang berwarna putih, krim atau pastel (pucat) seharusnya dicuci dengan kumpulan kain berwarna putih juga.

3. Pisahkan baju mengikut jenis fabriknya. Sesetengah jenis kain seperti denim perlu dicuci dengan program yang lebih berat berbanding kain pakaian dalam seperti sutera yang lebih lembut.

4. Usah menyumbat kain cucian di dalam mesin basuh sehingga terlalu penuh. Setiap mesin basuh mempunyai kapasiti berat yang tersendiri bagi menjamin kebersihannya. Sebaik-baiknya isi kira-kira 3/4 daripada saiz dram mesin anda.

5. Sukat detergen secukupnya. Detergen berbentuk cecair lebih sukar disukat sehingga membuat sisa sabun memudarkan warna asli kain. Penggunaan detergen juga turut dipengaruhi tekstur air yang digunakan sama ada soft water atau hard water. Justeru, ikuti arahan sukatan detergen seperti yang tertera.

Tambah menarik, raikan lebaran ini dengan menyertai peraduan eksklusif GAYA RAYA TOP BERSAMA HATTA DOLMAT & SITI ELIZAD. Hanya rakamkan foto bersama keluarga tercinta dalam suasana perayaan yang menggembirakan dan nyatakan mengapa anda patut memenanginya. Siapa tahu, anda mungkin bertuah untuk memenangi koleksi busana Hatta Dolmat bernilai RM10,000 dan berpeluang untuk bertemu aktres jelita Siti Elizad yang diatur istimewa buat para pemenang! Klik link www.nona.my/topgayaraya2017 untuk menyertainya sekarang.