Biarpun hatinya rawan namun kesetiaan seorang isteri tetap tidak tergugat apabila sanggup menjaga suaminya yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Berat mata yang memandang namun berat lagi empunya diri yang menanggungnya.

Fatimah Yob, 57, ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Maka menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga suami, Muhammad Ishak Hashim yang terlantar lumpuh.

IKLAN

Fatimah rela berkorban demi insan yang dinikahinya sejak 37 tahun lalu. Fatimah juga bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang turut membantu.

“Kejadian berlaku pada 19 Julai 2016 di Lebuh Raya SKVE sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu suami dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki motosikal dari tempat kerjanya. Suami dipercayai terjatuh seorang diri dan termasuk ke dalam longkang bersama motosikalnya sekali.

Mujurlah ada insan prihatin yang segera membantu dan menghubungi ambulan. Saya hanya dimaklumkan suami kemalangan sekitar pukul 11 malam lalu bergegas ke hospital.

Disebabkan berlakunya pendarahan di kepala, suami dihantar ke Hospital Banting. Kemudian suami dihantar pula ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul tiga pagi. Alhamdulillah pendarahan berhenti dan keadaan suami stabil. Namun suami berada dalam keadaan koma selama sembilan hari.

Setelah sedarkan diri, doktor memutuskan melakukan pembedahan bagi memasukkan besi di tulang bahu dan lengan kanannya yang remuk teruk akibat kemalangan. Semasa suami ditempatkan di wad ICU selama sebulan, degupan jantungnya pernah terhenti sekitar 25 minit kerana oksigen tidak sampai ke otak.

Doktor terpaksa memberikan bantuan pernafasan (CPR) bagi memulihkannya kembali. Suami terus tidak sedarkan diri dan mengalami strok. Sepanjang di wad ICU juga, suami kerap diserang sawan tarik. Hampir tiga minggu mata putihnya tegak. Lehernya terpaksa ditebuk bagi membuang kahak. Suami dibawa pulang ke rumah atas nasihat doktor.

Jaga Suami Lumpuh Akibat Kemalangan Motosikal, Pengorbanan Fatimah Yob Ini Buat Hati Ibu-Ibu Sebak!

Pertama kali menguruskannya sendiri di rumah memang kekok kerana saya tidak biasa. Mujurlah anak-anak ringan tulang untuk menjaganya bergilir-gilir. Jururawat juga kerap ke rumah bagi memantau tahap kesihatan suami.

IKLAN

Tiga bulan sekali kami membawanya ke hospital bagi rawatan susulan. Suami diberikan susu khas setiap tiga jam sekali,” ungkap Fatimah yang amat merindui saat-saat indah bersama termasuklah air tangan suaminya yang gemar memasak.

BANTUAN

IKLAN

Memandangkan suami Fatimah tidak mempunyai pencen, caruman SOCSO mahupun bantuan agensi lain, dia hanya mengharapkan bantuan daripada anaknya yang bekerja.

Hanya anak sulungnya sahaja yang bekerja dan membantu sekitar RM300 sebulan. Namun, jumlah tersebut tidak dapat menampung kos perubatan yang terlalu tinggi serta kos sara hidup mereka sekeluarga.

Anak lelakinya pula terpaksa melupakan kerjaya bagi meringankan beban Fatimah di rumah. Suaminya terpaksa dijaga sepanjang masa kerana mempunyai masalah pernafasan.

Fatimah menerima bantuan perubatan sebanyak RM250 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bantuan lain termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Jaga Suami Lumpuh Akibat Kemalangan Motosikal, Pengorbanan Fatimah Yob Ini Buat Hati Ibu-Ibu Sebak!

Mungkin hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa kita pula diuji. Salurkan sumbangan anda ke akaun CIMB 7062380311 atas nama Fatimah Binti Yob. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI